Semua pembaca setia orangperak.com dijemput beramai-ramai untuk memeriahkan lagi Pesta Durian Dan Buah-buahan Malaysia Thailand Dan Best Street Food Festival, pada 8 September hingga 11 September 2017 di Bulatan Aman Jaya, Meru, Ipoh yang diadakan bersempena dengan Perak Festival Of Ideas.
Menurut pihak penganjur, festival makanan dan buah-buahan yang diadakan selama lima hari ini dijangka mampu menarik hampir 200,000 pengunjung. Makanan-makanan dari seluruh negeri Perak dan juga seluruh Malaysia dihimpunkan di sini dan juga buah-buahan yang terkenal di negeri Perak turut dijual sepanjang festival ini berlangsung.
Selain itu, turut dijual buah-buahan tempatan, termasuklah dari negeri-negeri lain dan juga daripada negara Thailand tersedia untuk peminat buah-buahan di sekitar Perak.
Pelbagai gerai jualan dan aktiviti yang menarik turut disediakan untuk pengunjung seperti food truck, ceramah perdana, konsert mini, kembara dakwah, pasar lambak, barangan lelong gajet, memanah, Suppa Duppa, belon panas, memancing ikan puyu, Giant Bubble, cabutan bertuah, pertandingan mewarna dan persembahan warga istimewa.
Jadi, moh ler semua pembaca orangperak.com. Kita ramai-ramai datang dan sertai acara yang disediakan.