● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Berita

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan 2017

15 Aug 2017 · 1 min baca · 150 ·Oleh Iskandar Zulqarnain

Umum dari kita mengetahui bawah sepanjang bulan Ogos sehingga 16 September setiap tahun disambut sebagai bulan kebangsaan. Sebagai tanda syukur akan nikmat kemerdekaan dan bangga sebagai warga negara bangsa Malaysia, Jalur Gemilang dikibarkan sebagai terjemahan rasa sayang kepada negara. Kemerdekaan adalah satu nikmat yang patut disyukuri.

Namun semangat pratiotisma dikalangan anak-anak muda kini semakin pudar dan sikap ingin berkorban demi negara sudah tiada dalam jiwa generasi kini.

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan 2017

Pada bulan kemerdekaan inilah seharusnya kita mengimbau kembali akan segala penat lelah dan pengorbanan pejuang-pejuang terdahulu dalam mencapai kemerdekaan dan kemudian semangat kemerdekaan itu diisi oleh pemimpin-pemimpin untuk membina sebuah negara bangsa yang harmoni, maju dan progresif. Sempena menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September yang akan datang, orangperak.com dan Persatuan Pencinta Sejarah Masyarakat Perak (PPSMP) ingin mengajak pembaca-pembaca semua agar turut sama dalam menterjemahkan semangat cintakan tanah air ini dengan mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan bendera Negeri Perak di kediaman, kenderaan, pejabat mahupun rumah-rumah kedai disepanjang bulan kemerdekaan ini.

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Sempena Bulan Kemerdekaan 2017

Aktiviti mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera negeri ini wajar diberi perhatian oleh semua lapisan masyarakat agar roh dan semangat cintakan tanah air meresap ke jiwa warganegara merdeka ini. Apalah erti semangat sambutan kemerdekaan tanpa kibaran Jalur Gemilang. Mengibarkan bendera kebangsaan merupakan tanda kebanggaan kita kepada negara tercinta ini. Moh Kibar Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Perak!

Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.