Siapakah Yuen Yuet Leng Yang Berjasa Banteras Komunis?

Tan Sri Dato Seri Yuen Yuet Leng adalah pegawai polis Malaysia dari kalangan kaum Cina Malaysia. Jasa penting beliau menentang komunis telah diberi penghargaan seperti SPCM, DPCM, PNBS, jmm, KMM, AMN, PPC, PBS, BPT dan lain-lain. Beliau berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak dari tahun 1950 hinggalah ke tahun 1984. Beliau menjadi Komisioner Polis Sarawak pada tahun 1984 dan bersara di sana.

Yuen Yuet Leng

Leng Yuet Yuen lahir di Larut Matang pada tanggal 15 September 1927. Pada usia 7 tahun, beliau belajar di Sekolah King Edward VII Taiping, negeri Perak. Namun pendidikan itu terganggu sewaktu penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Pada tahun 1942, beliau menyertai Lembaga Latihan Pemuda Jepun dan Sekolah Kejuruteraan Perlombongan Jepun di Ipoh. Seterusnya, bersama rakan-rakan telah dihantar ke Pusat Latihan Guru di Sekolah Tinggi Kajang pada 1945.

Selepas Jepun menyerah, Yuen pergi ke China pada awal 1946. Beliau berkunjung ke Universiti Lingnan di Canton, China. Pelbagai msalah yang dialaminya termasuk kemiskinan di Canton menyebabkan Yuen Yuet Leng kembali ke Malaya pada awal tahun 1947. Beliau kembali belajar di King Edward, Taiping. Beliau mendapat biasiswa Kolej Teknikal pada 1948 tetapi ditinggalkan kerana harus membantu keluarga terlebih dahulu.

Yuen Yuet Leng

Pekerjaan pertamanya ialah dengan Keretapi Tanah Melayu tetapi tidak lama. Pada tahun 1949, beliau menjadi seorang guru di Sekolah Raja George V, Seremban. Pada tahun yang sama, beliau dipindahkan ke Sekolah Rendah Gemas yang baru dibina oleh kerajaan Inggeris. Ketika itu, pemberontakan komunis semakin hebat dengan serentetan pembunuhan warga awam. Beliau bermula sebagai Inspektor Asia percubaan (PAI) setelah menerima latihan di Depot Polis pada Disember 1950. Beliau adalah salah seorang daripada 54 polis latihan di Squad ‘C’, terdiri daripada 22 orang Melayu, 19 Cina dan 13 orang India, “sebuah kombinasi ras yang sihat”.

Yuen Yuet Leng

Pada tahun 1950, ada panggilan rekrut untuk menjadi polis bagi menentang komunis. Oleh itu beliau menjadi anggota polis sebagai PAI (Inspektor Asia percubaan). Latihan singkat selama enam bulan dan pada 1951 ia pertama kali ditugaskan sebagai CID. Kemudian menyertai pasukan Federal Jungle Company (FJC) ke 2 di Tanah Hitam, Chemor. Beliau kemudiannya dipindahkan ke Platun 2 No 16 FJC, Titi Gantung, Sitiawan, Perak. 1951 adalah tahun hangat dimana beliau telah ditembak di Chemor, hampir menyergap di luar Sungai Siput. Pada bulan Disember, beliau ditembak lagi dan tercedera di Bukit Tanggor ketika menyerang hendap Kem Pengganas Komunis di Chemor dan Sungai Siput yang sangat terkenal sebagai kawasan hitam di negeri Perak.

Yuen Yuet Leng

Sejak itu, bermulalah operasi memburu Chin Peng yang menjadi pemimpin Parti Komunis Malaya. Beliau menjadi Pegawai Cwangan Khas di Gerik pada 1953. Antara kejayaannya ialah merosakkan organisasi pengganas komunis di Ipoh. Pada beberapa kesempatan Yuen Yuet Leng telah menyamar sebagai pengganas komunis. Beliau masuk ke dalam hutan dan menyusup ke dalam kelompok pengganas, penyergapan, pertempuran. Peranannya itu telah membolehkan beliau dianugerah Pingat Polis Kolonial pada tahun 1957.

Yuen Yuet Leng

Kemudian beliau dilantik menjadi Pembantu Inspektor dan Pegawai Cawangan Khas di Sungei Siput pada 1957. Ketika itu beliau merancang dan melancarkan operasi anti-pengganas (Operasi Jahe), suatu usaha memerangi habis-habisan pengganas komunis di negeri Perak. Seramai 156 pengganas dihapuskan dalam tempoh 16 bulan. Pada tahun 1960, Ipoh dan Perak Tengah ditakrifkan sebagai ‘Kawasan Putih’ atau White Area. Ini walaupun beberapa pemimpin PKM berbangsa Melayu seperti Rashid Maidin dan Abdullah C.D berasal dari Perak Tengah.

Yuen Yuet Leng

Setelah zaman darurat berakhir 1960, Yuen Yuet Leng telah dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan terus bekerja sama dengan Cawangan Khas, Perisikan dan Psikologi. Beliau menghadiri kursus di Pejabat Perang Britain di Belfast dan mempelajari kaedah penganas Ireland Revolusi Army di sana. Namun usaha penyergapan pegawai Cawangan Khas di seberang sempadan Thailand pada tahun 1966 dan diikuti Peristiwa 13 Mei dan peningkatan aktiviti Komunis selatan sempadan Thailand. Darurat ke 2 pun bermula. Pada tahun 1971, ACP Yuen telah ditugaskan ke Sarawak di mana ancaman komunis meningkat daripada Parti Komunis Kalimantan Utara (NKCP). Pada awal tahun 1972, tiga komander tentera Parti Komunis Kalimantan Utara berjaya dihapuskan di sempadan Malaysia – Indonesia. Beliau kembali ke Kuala Lumpur. Tetapi pada tahun 1972, Yuen kembali di Sibu, Sarawak sebagai ketua Cawangan Khas dan Ketua Perisikan Gabungan dengan tugas menghapuskan ancaman Komunis. Ini dicapai dengan pembentukan Komander Keselamatan Rejang (RASCOM). Dengan itu, seramai 500 bekas pengganas kembali ke pangkuan masyarakat. Kembali ke Bukit Aman pada akhir tahun 1974 sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas. Beliau mula rancangan strategik taktikal dan perang melawan pengganas dengan penghususan pertubuhan komunis bawah tanah.

Yuen Yuet Leng

Pada tahun 1975, bencana telah melanda di negeri Perak. Ketua Pegawai Polis (CPO) Datuk Khoo Chong Kong telah dibunuh. Pada November 1975, Yuen telah mengambil alih tugas sebagai CPO Perak. Semua CPO dan keluarga berhadapan dengan ancaman bunuh oleh pengganas komunis. Anaknya yang bernama Susan mempunyai pengawal bersenjata. Ancaman penculikan tertentu menyebabkan beliau dihantar ke Britain demi keselamatannya. Pembunuh CPO Khoo berjaya ditangkap, diadili dan digantung. Selepas 5 tahun, beliau dipindahkan lagi ke Kuala Lumpur, Pahang dan seterusnya di Kelantan.

Yuen Yuet Leng

Tan Sri Dato Seri Yuen Yuet Leng telah meninggal dunia pada 1 Oktober 2015 yang lalu pada ketika berusia 88 tahun kerana serangan sakit jantung. Mendiang meninggal di rumah anak perempuannya di The Mines, Seri Kembangan.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here