Dua stalagmit yang ada di dalam Gua Puteri itu dipercayai adalah puteri dan putera penjaga gua. Kononnya pada satu ketika dahulu, sang Kelambai telah sumpah pasangan pengantin baru tersebut iaitu putera dan puteri itu menjadi batu.
Dikatakan pada waktu itu, gempar khabar angin diseluruh Perak yang menceritakan tentang banyak ular gergasi yang dibunuh Jepun di dalam lubang dengan menggunakan bom tangan sahaja.
Menurut cerita masyarakat tempatan, Lata Kinjang mendapat nama kerana pada masa dahulu terdapat banyak kijang di kawasan itu sehinggakan orang lnggeris yang memburu kijang menyebut nama haiwan itu sebagai kinjang, lalu nama itu kekal hingga sekarang.
Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.
Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.
Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.
Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.