Wabak Denggi Semakin Meningkat Di Ipoh dan Taiping

Jumlah kes Denggi didapati semakin meningkat di Daerah Larut Matang dan Selama berbanding tahun sebelumnya. Baru-baru ini juga, beberapa kawasan di sekitar Bandar Taiping telah disembur dengan ubat untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes. Bukan di Taiping sahaja, beberapa kawasan di Ipoh juga turut mengalami keadaan yang sama.

Berikut adalah senarai kawasan yang terlibat di sekitar Negeri Perak Laporan Mingguan Demam Denggi/Denggi Berdarah Negeri Perak Minggu 17 Tahun 2017 (Tarikh Dari 23/04/2017 Hingga 29/04/2017) yang diambil daripada laman web Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Wabak tidak terkawal :

  • Kg. Rapat Jaya ( MB Ipoh )
  • Bandar Lahat Baru ( MB Ipoh )
  • Cherry Apartment ( MB Ipoh )
  • Jalan Kota ( MP Taiping )

Wabak Baru :

  • Kg. Sri Kinta ( MB Ipoh )
  • Kg. Sri Klebang Tambahan 2 ( MB Ipoh )
  • Tmn. Galeri Kepayang ( MB Ipoh )
  • Kg. Temiang ( MB Ipoh )
  • Kg. Tersusun Jelapang Jaya ( MB Ipoh )
  • Tmn. Puteri Lindungan Bulan ( MB Ipoh )
  • Kg. Baru Simpang Pulai ( MB Ipoh )
  • Tmn. Permai ( MB Ipoh )
  • Tmn. Sri Ampang ( MB Ipoh )
  • Tmn. Pakatan Jaya ( MB Ipoh )
  • Kg. Bercham ( MB Ipoh )
  • Tmn. Perpaduan ( MB Ipoh )
  • Tmn. Hong Kong ( MB Ipoh )
  • Buntong 4 ( MB Ipoh )
  • KB Pasir Pinji ( MB Ipoh )
  • RPT Jelapang Baru ( MB Ipoh )
  • Tmn. Cherry ( MB Ipoh )
  • Kg. Manjoi ( Kinta )
  • Kg. Sg. Tapah Seberang ( Kinta )
  • Tmn. Kota Jaya ( MP Taiping )
  • Tmn. Ria Simpang ( MP Taiping )
  • Tmn. Bukit Mas ( MP Taiping )
  • Tmn. Saujana Jaya ( MP Taiping )
  • Kg. Baru Simpang ( MP Taiping )
  • Tmn. Lela ( MP Taiping )
  • Tmn. Sagor ( MP Taiping )
  • Kg. Sira ( Hulu Perak )
  • Bandar Baru Kampar ( Kampar )

Kawasan Panas :

  • Tmn. Cempaka ( MB Ipoh )
  • Kg. Tersusun Bt. 6 ( MB Ipoh )
  • Pekan Razaki ( MB Ipoh )
  • Tmn. Mewah, Ulu Kinta ( MB Ipoh )
  • Regrouping Area, Mengelembu ( MB Ipoh )
  • Tmn. Menglembu Impiana Adril ( MB Ipoh )
  • Tmn. Silibin ( MB Ipoh )
  • Teluk Kurin B ( MB Ipoh )
  • Kg. DAS Tambahan ( Kinta )

Berikut adalah kandungan whatsapp yang dikirim oleh Doktor Zaki daripada Jabatan Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama. Beliau telah memberikan beberapa pesanan yang berguna untuk orang ramai dan menyarankan supaya semua orang menjadi wira dalam mencegah penularan wabak ini.

Whatsapp denggi Whatsapp denggi 2

Kami juga berharap agar semua Warga Perak dapat sama-sama berganding bahu membanteras wabak Denggi dan tempat pembiakan nyamuk Aedes seperti yang telah dilakukan oleh Kelab Doktor Muda TMGS (Taiping Methodist Girls School) dan Rukun Tetangga Taman Kami (D) ini pada hujung bulan April yang lalu di kawasan Aulong, Taiping.

Kelab Dr Muda

Hal ini juga sejajar dengan program Kempen Perak Yang Bersih yang telah dilancarkan oleh Menteri Besar Perak pada 31 Mac 2017 yang lalu demi menjadikan Perak sebuah negeri yang bersih daripada sampah sarap dan bebas daripada pelbagai penyakit.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.