25 C
Ipoh
Thursday, 5 December 2024

Asal Usul Batu Gajah, Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Batu Gajah bermula sebagai sekelompok perkampungan kecil di dalam mukim Sungai Terap yang dibangunkan di bawah kepimpinan penghulu yang digelar Sri Amar Diraja semenjak awal kurun ke-19. Pada asalnya, petempatan di Batu Gajah dicatatkan bermula di sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Sungai Terap dan diasaskan oleh Toh Panjang Bongkok. Oleh kerana ia adalah kampung pertama di kawasan Batu Gajah yang mempunyai masjid, ia menjadi kampung utama dan nama mukim Sungai Terap di ambil sempena nama kampung tersebut.

peta batu gajah

Selepas Toh Panjang Bongkok, pembesar di Batu Gajah diteruskan oleh Toh Amar Diraja Pandak ‘Akal (meninggal pada 1859) dan kemudiannya diteruskan pula oleh Toh Amar Diraja Naam. Berkemungkinan, catatan sejarah terawal diperolehi melalui catatan diari J.W.W. Birch yang memudiki Sungai Kinta pada 30 April 1875.

orang kaya

Mereka tiba di Batu Gajah di tebing sebelah kiri sungai, sebuah kampung yang luas dan indah dengan tanahnya yang elok. Terdapat di antara 30 hingga 40 buah rumah dan sebuah kilang peleburan timah yang besar. Timah dikerjakan berdekatan sini pada sebelum ini, tetapi kini ianya semakin menganjak ke hulu dan semakin ke dalam. Ramai orang yang kebanyakannya orang awam turun ke sungai menaiki bot untuk pergi ke hulu sungai.

jww birch

Birch, yang belayar ke mudik, ada menyatakan tentang tempat-tempat seperti Ayer Mati dan Batu Gajah di sebelah kiri, dan juga Sungai Terap dengan lebih kurang 30 buah rumah di sebelah kanan. Ke hulu lagi di sebelah kanan terdapat Sayung dan Lambung Kuda di mana di situlah Sri Amar Diraja mengumpul ufti pada timah yang diangkut melalui sungai. Selepas melepasi Sungai Jerneh, Birch sampai ke Pengkalan Kaca, tempat tinggal Sri Amar Diraja.

sang kelembai

Selain daripada itu, banyak cerita tentang kewujudan Batu Gajah. Menurut orang-orang tua, pada zaman dahulu terdapat sejenis makluk bernama Sang Kelembai (Gelembai atau Gedembai)). Makhluk ini dikatakan mempunyai kuasa untuk mengubah benda-benda hidup menjadi batu apabila ia menegurnya. Pada waktu itu, daerah ini diliputi hutan tebal tempat gajah-gajah liar merayau dengan bebas. Suatu hari, dua ekor gajah yang sedang menyeberangi Sungai Kinta telah ditegur oleh Sang Kelembai lalu menjadi batu. Batu berbentuk dua ekor gajah itu masih terdapat di Sungai Kinta berhampiran Kampung Pisang, tetapi ia hampir hilang akibat hakisan dan kegiatan perlombongan. Kisah legenda ini tidak pernah disahkan benar atau sebaliknya.

Kini Batu Gajah, Perak merupakan sebuah bandar di negeri Negeri Perak. Bandar Batu Gajah terletak berhampiran dengan bandaraya Ipoh, Tanjung Tualang, Tronoh, Keledang, Pusing, Simpang Pulai dan lain-lain. Batu Gajah terletak kira-kira 24 km dari Ipoh dan terletak di dalam mukim Sungai Terap di dalam daerah Kinta. Sultan Perak sekarang lahir di sini. Di sini juga terdapat Kawasan Perusahaan Bemban. Kedudukannya dalam peta ialah pada latitud 4.4666667 Utara dan longitud 101.05 Timur. Batu Gajah terletak pada ketinggian 144 meter dari aras laut. Ia terletak di tebing Sungai Kinta dan menghilir sedikit dari kuala Sungai Raya.

Sesiapa ada kesahihan wujudnya dan dari mana asal usul Batu Gajah ini? Mohon kongsikan bersama-sama.

Adioss!!!

- Advertisement -
Sakirin Haji Muhamed
Sakirin Haji Muhamed
Seorang insan yang dikurniakan paras rupa "Pan Asia" untuk terus hidup di alam fana yang penuh dengan pancaroba. Namun terus membawa semangat seorang pejuang yang tidak pernah putus asa untuk membina sebuah keluarga yang bahagia dunia dan akhirat. Setakat bertutur dan menulis dalam "Bahasa Melayu" itu adalah "makanan" bagi seorang insan yang bernama Sakirin Haji Muhamed. Tidak dilupakan juga, "You'll Never Walk Alone" tetap dihati. Adioss!!
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here