OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang --:--:--
Subuh
05:58
Syuruk
07:03
Zohor
13:12
Asar
16:18
Maghrib
19:14
Isyak
20:23
Fakta

Jalan Raya Getah Di Teluk Intan Adalah Yang Pertama Di Malaysia

11 Oct 2017 · 1 min baca · 109 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Pada 7 Oktober 2017 yang lalu, ia adalah merupakan tarikh keramat yang bersejarah buat seluruh warga Teluk Intan. Hal ini adalah kerana terdapat pembinaan jalan kampung prototype pertama di Malaysia yang menggunakan campuran getah.

Jalan Raya Getah Di Teluk Intan Adalah Yang Pertama Di Malaysia

Datuk Seri Mah Siew Keong berkata di facebooknya hal ini menjadi peristiwa dan kebanggan buat warga Teluk Intan atas pencapaian tersebut. Teknologi jalan yang menggunakan campuran getah ini dibuat di 3 jalan di kampung Sungai Kerawai yang terletak di Teluk Intan.

Jalan Raya Getah Di Teluk Intan Adalah Yang Pertama Di Malaysia

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, teknologi jalan raya getah ini adalah hasil buatan tempatan yang mana ianya lebih senyap dan lebih tahan lasak daripada jalan tar biasa. Apa yang menarik dan menguntungkan adalah kos penyelenggaraan jalan raya getah jauh lebih rendah.

Jalan Raya Getah Di Teluk Intan Adalah Yang Pertama Di Malaysia
Jalan Raya Getah Di Teluk Intan Adalah Yang Pertama Di Malaysia

Ramai yang berharap agar teknologi dan penggunaan jalan raya getah ini dapat diperluaskan penggunaannya. Secara tidak langsung, inovasi dari teknologi baru ini dapat meningkatkan permintaan dan penggunaan getah asli seterusnya dapat menstabilkan kembali harga getah.

Jalan Raya Getah Di Teluk Intan Adalah Yang Pertama Di Malaysia

Kajian teknologi jalan raya getah ini adalah hasil bersama Lembaga Getah Malaysia (LGM) dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) sejak 2015 lagi demi mencapai fasa baharu dalam teknologi campuran getah dalam campuran asfalt selepas diperkenalkan lebih 60 tahun yang lalu.

Jalan Raya Getah Di Teluk Intan Adalah Yang Pertama Di Malaysia
Jalan Raya Getah Di Teluk Intan Adalah Yang Pertama Di Malaysia

Sebelum ini, penggunaan getah sebagai bahan campuran bitumen untuk menurap jalan raya sebenarnya pernah juga dilakukan pada tahun 1950. Fasa tapak pembinaan dan percubaan teknologi dahulu dengan menggunakan getah adalah sepanjang 90 meter di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai namun tiada kesinambungan untuk meneraju projek tersebut atas hal-hal temudahan teknologi yang ada pada zaman tersebut.

Dijangkakan sebanyak 4.2 tan getah beku akan digunakan untuk setiap satu kilometer jalan raya yang dibina. Permukaan jalan raya yang bergetah dapat memberi lebih cengkaman kepada tayar kenderaan di atas jalan raya. Teknologi seperti ini bukan sahaja wajar dilaksanakan bukan sahaja di selekoh-selekoh tajam, malah ia juga perlu jalan raya biasa.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.