Pengarah Filem Dari Perak Darul Ridzuan

Salam Satu Perak. Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya ramai pengarah-pengarah filem yang terkenal berasal dari negeri yang bertuah ini, Perak Darul Ridzuan. Disini kami ingin berkongsi beberapa pengarah filem yang berasal dari Perak Darul Ridzuan.

Senator Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsuddin

Senator Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsuddin

Beliau dilahirkan pada 5 November 1935 di Taiping, Perak merupakan seorang pelakon, penggiat seni, pengarah filem serta senator Malaysia. Atas bimbingan Tan Sri P. Ramlee, beliau telah berjaya menjadi seorang pelakon yang terkenal pada tahun ’50-an dan ’70-an. Nama Senator Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsuddin kini terpahat sebagai legenda yang masih gigih menyumbangkan usaha dan tenaganya dalam pembangunan industri filem Melayu sehingga hari ini.

Datuk Haji Abdul Rahim bin Haji Mohd Razali

Datuk Haji Abdul Rahim bin Haji Mohd Razali

Beliau lebih dikenali sebagai Datuk Rahim Razali dilahirkan pada 3 Julai 1939 di Batu Gajah, Perak dan beliau  merupakan pelakon filem, dramatis dan pengacara sukan, pengarah, penerbit Filem, penerbit TV, jururunding skrip, dan penulis tersohor di Malaysia.

Mamat Khalid

Mamat Khalid

Nama sebenarnya, Mohamad Bin Mohd Khalid dilahirkan pada 6 April 1963 di Ipoh, Perak. Beliau merupakan seorang penulis lakon layar dan pengarah filem di Malaysia. Beliau ialah adik kepada kartunis Datuk Lat (Kampung Boy). Antara filem yang menjadi sebutan ramai adalah Zombi Kampung Pisang, Rock OoO dan juga Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Mior Hashim Manap

Mior Hashim Manap

Beliau dilahirkan di Changkat Tin, Tanjung Tualang, Perak. Beliau merupakan seorang pengarah, penyunting filem dan juga pelakon. Beliau juga pernah diiktiraf sebagai Penyunting Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia.

M Amin

M Amin

Beliau dilahirkan pada 1 September 1924 di Kuala Kangsar, Perak dengan nama penuh beliau ialah Muhammad Amin bin Haji Ihsan. Beliau merupakan seorang pelakon, dan pengarah filem Melayu. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 78 tahun (8 Januari 2003).

James Lee

James Lee

Beliau adalah seorang pengarah filem Cina Malaysia. Beliau dilahirkan pada tahun 1973 di bandar Ipoh di Perak. Beliau adalah salah satu daripada perintis pergerakan Filem Digital Malaysia. Filem The Beautiful Washing Machine memenangi Best Asean Feature Award dan FIPRESCI Prize di Bangkok International Film Festival 2005.

Zul Huzaimy Marzuki

Zul Huzaimy Marzuki

Zul Huzaimy dilahirkan pada 12 Disember 1978 dan berasal dari Grik, Perak. Seorang pelakon, pelawak, pengarah, arahan, penyanyi, dan pengacara di Malaysia yang telah melibatkan diri dalam bidang teater semenjak tahun 1997 dan kini telah berlakon di dalam beberapa filem dan drama tempatan.

Ini antara pengarah-pengarah filem yang berasal dari Perak Darul Ridzuan. Jika ada pembaca yang tahu tentang pengarah-pengarah lain yang tidak tersenarai atau terlepas pandang boleh la bagitahu dekat komen. Adios!!

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

6 + 3 =