Mamat Khalid salah seorang individu yang membanggakan seluruh warga Perak dilahirkan pada 6 April 1963 di Ipoh, Perak iaitu lima bulan sebelum Persekutuan Tanah Melayu diangkat sebagai Malaysia pada tarikh keramat 16 September 1963 yang penuh bersejarah.
Sewaktu zaman kanak-kanaknya, Mamat Khalid seringkali pergi ke pawagam setiap hari untuk mengikuti perkembangan filem terkini. Inilah minatnya yang mendalam sejak dari dahulu lagi tetapi malangnya hobi serta minatnya itu tidak digemari oleh bapanya.
Bapa dikatakan Mamat Khalid dikatakan pernah mengharamkannya daripada menonton panggung wayang walaupun pada saat kematiannya sejak pada tahun 1974 lagi. Namun perkara itu tidak menghalang keghairahan dan keinginan Mamat Khalid untuk terus menceburi bidang perfileman yang sangat diminatinya.
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Mamat Khalid pernah bekerja dalam jabatan kerajaan sebelum menceburi bidang perfileman. Kemudian, beliau beralih ke dalam bidang penerbitan rancangan televisyen. Penglibatan sulung beliau dalam industri perfileman Malaysia adalah Filem Puteri Gunung Ledang yang dilakonkan oleh M. Nasir serta Tiara Jacquelina.
Pada asalnya, Mamat Khalid hanya mencadangkan sebuah drama siri 20 episod televisyen yang mengisahkan lagenda Puteri Gunung Ledang untuk stesen televisyen NTV7. Bagaimanapun, Enfiniti Productions menerima cadangan Mamat Khalid tetapi menukarkannya menjadi sebuah filem untuk tayangan di pawagam dibawah arahan Saw Teong Hin.
Filem Puteri Gunung Ledang yang dikeluarkan pada 2004 itu menelan belanja lebih RM 16 juta lantas menjadi filem Malaysia yang paling mahal dalam sejarah pada waktu itu. Pada tahun 2003, Mamat Khalid menjadi pengarah filem buat kali pertama iaitu filem komedi Lang Buana yang dibintangi oleh kumpulan Senario.
Antara karya dari Mamat Khalid yang terkenal termasuklah Pinang Durian, Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel dan Abang We. Beliau pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin Panca Delima 2001 untuk telefilem Pinang Durian. Beliau juga pernah menjadi penterjemah skrip untuk siri animasi Kampung Boy karya abangnya, Lat.
Ayuh kita sama-sama sokong hasil kerja Mamat Khalid dengan sekurang-kurangnya tidak menyokong cetak rompak mahupun muat turun dari internet dan sepatutnya kita harus memberi sokongan dengan beli keluaran yang original. Dengar khabar Mamat Khalid ada kedai makan namanya Sarang Art Hub di Tanjung Malim. Siapa pernah pergi?
Pada tarikh 24 Oktober 2021, Mamat Khalid telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River lebih kurang jam 12.30 tengah malam. Difahamkan, Mamat Khalid telah pengsan di restorannya, Sarang Art Hub sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Paloh.