● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Berita

PAFA Bangkitkan Semula Kegemilangan Bola Sepak Perak Melalui Liga Amatur

26 May 2025 · 2 min baca · 156 ·Oleh Iskandar Zulqarnain

PAFA Bangkitkan Semula Kegemilangan Bola Sepak Perak Melalui Liga Amatur

Legasi bola sepak Perak bakal dihidupkan semula menerusi langkah proaktif Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang menyertai Liga Amatur (AFL) anjuran Amateur Football League. Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada pelan menyeluruh untuk membangunkan semula bola sepak negeri berikutan pengunduran Perak FC daripada saingan Liga Malaysia.

Dalam satu kenyataan rasmi, PAFA menegaskan bahawa langkah ini bukan sekadar penyertaan biasa, tetapi permulaan misi terancang untuk mengembalikan maruah bola sepak Perak. "Kebangkitan PAFA adalah hasil perancangan rapi setelah melalui detik-dikat getir. Kini, kami hadapi dengan semangat baru demi memulihkan kegemilangan bolasepak negeri ini," jelas kenyataan tersebut.

Selain menyertai AFL, PAFA turut memfokuskan persiapan jangka panjang bagi menghadapi SUKMA 2026, Piala Presiden 2026, dan Piala Belia 2026. Persiapan ini dilakukan secara berperingkat, bermula dengan liga amatur sebelum melangkah ke pertandingan lebih kompetitif.

Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan, PAFA telah mengadakan beberapa siri pertemuan penting dengan pimpinan utama bolasepak negara. Antara yang hadir termasuk Presiden FAM, Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub; Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan; dan Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi. Pertemuan yang turut dihadiri Ketua Unit Pertandingan FAM, Jack Subramaniam itu membincangkan pelbagai aspek termasuk syarat kelayakan, pendaftaran lesen kebangsaan, dan penyertaan liga.

PAFA juga tidak menafikan cabaran besar yang dihadapi, terutamanya beban hutang RM5 juta peninggalan pengurusan terdahulu. Namun, persatuan itu memilih untuk tidak berpeluk tubuh dan terus bergerak ke hadapan dengan strategi lebih tersusun. "Kami tidak mahu menuding jari, sebaliknya fokus kepada penyelesaian dan perancangan pembangunan jangka panjang," tegas PAFA.

Sokongan padu kerajaan negeri juga menjadi pendorong utama dalam usaha membangunkan semula bola sepak Perak. PAFA merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad atas komitmen dan sokongan berterusan dalam memacu kemajuan sukan tersebut di negeri ini.

Dengan langkah-langkah yang diambil, PAFA berharap dapat mengembalikan kegemilangan bola sepak Perak sekaligus melahirkan bakat-bakat muda yang mampu beraksi di peringkat lebih tinggi pada masa akan datang.

Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.