Menteri Besar negeri Perak adalah pemimpin yang paling dihormati dan disegani oleh seluruh masyarakat negeri Perak. Apabila menjawat jawatan nombor satu di dalam negeri Perak, maka banyaklah tanggung-jawab yang perlu dipikul untuk menerajui kemajuan di negeri Perak dalam pelbagai sektor yang melibatkan pelbagai faktor. Kali ini, jom kita berkenalan dengan Menteri Besar negeri Perak yang pertama.
Kenalkah anda dengan Menteri Besar negeri Perak yang pertama? Jika anda tidak tahu, beliau adalah individu hebat yang bernama Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz.
Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz berkhidmat sebagai Menteri Besar untuk negeri Perak sejak dari 1 Febuari 1948 sehinggalah 1 Ogos 1957 sebelum negara kita menyambut kemerdekaan.
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz adalah dari keturunan bangsawan Perak iaitu dari pembesar empat Perak dan beliau juga adalah merupakan anak kepada pembesar melayu pertama yang dapat melanjutkan pelajaran ke England. Bukan calang-calang orangnya Menteri Besar negeri Perak yang pertama kita ini bukan?
Menteri Besar negeri Perak yang pertama ini dilahirkan pada 4 Mei 1905 di sebuah perkampungan kecil yang ada di persisiran Sungai Perak dan terletak di Sayong, Kuala Kangsar.
Ibu kepada Menteri Besar negeri Perak pertama ini bernama Teh Halimah dan beliau adalah anak tunggal kepada Dato Setia Bijaya Jeragan Abdul Syukor melalui isteri pertama. Bapanya Toh Muda Abdul Aziz dan datuknya Haji Mahmud Taib masing-masing ada gelaran Datuk Panglima Bukit Gantang.
Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz adalah anak kedua daripada 14 orang adik beradik. Sejak kecil lagi, beliau tinggal bersama-sama dengan datuknya di Ipoh. Menteri Besar negeri Perak yang pertama ini mendapat didikan awal di Sekolah Melayu Pekan Baru di Ipoh.
Apa yang menariknya untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, beliau tekah melompat ke darjah empat dalam tempoh tiga tahun.
Apabila meningkat remaja dalam usia 10 tahun, beliau meneruskan pengajiannya je Sekolah Anderson. Semua orang sudah sedia maklum bahawa Sekolah Anderson adalah sebuah sekolah hebat dan terkemuka serta dipandang tinggi di negeri Perak.
Beliau telah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Cambridge pada Mei 1925 khusus pada kesusasteraan dan bahasa inggeris. Oleh kerana pencapaian beliau dalN akademik amat baik, beliau layak untuk melanjutkan pelajaran ke universiti di luar negara.
Semasa menuntut di luar negara iaitu di Inner Temple, Universiti London, beliau memilih bidang undang-undang dan amat aktif dalam persatuan pelajar.
Beliau menjadi pengerusi kepada Persatuan Anak-Anak Melayu Great Britain pada tahun 1928. Berkat usaha yang tidak pernah jemu untuk meraih ilmu, beliau sering lulus dengan cemerlang dalam setiap peperiksaan dan beliau seringkali diberi akses untuk mendengar perbicaan penuh di mahkamah England sebagai ganjaran.
Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz pulang ke tanah air setelah lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Bar Final Examination di universiti terkemuka London itu.
Rakan seangkatannya yang belajar di London ialah Tunku Abdul Rahman, Raja Muda Raja Haji Bot dari Selangor, Nik Ahmad Kamil dari Kelantan, Abdul Hamid Mustafa dan Syed Syeikh Barakbah dari Kedah.
Sekembalinya Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz ke Malaysia setelah tamat pengajian, beliau telah membuat latihan Chamber selama enam bulan di Mahkamah Tinggi Malaysia.
Kemudian beliau bekerja dengan peguam J. Dunford Wood di Ipoh. Abdul Wahab membuka firma guamannya sendiri di No.21, Jalan Hale (Jalan Bandaraya) Ipoh. Selain itu, beliau juga menubuhkan Persatuan Drebar-drebar (Pemandu-pemandu) Melayu Perak (PDMPK) pada tahun 1930.
Pada 1936, Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz mendapat gelaran Dato Panglima Bukit Gantang dari Sultan Perak.
Beliau dipilih untuk menggantikan datuknya sebagai Dato Panglima Bukit Gantang dan bapanya yang berturut-turut meninggal dunia sebelum itu. Kematian ini menyebabkan beliau terus dilantik sebagai Dato Panglima Bukit Gantang tanpa perlu menjadi Toh Muda terlebih dahulu mengikut adatnya.
Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz juga terus dilantik menjadi salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak pada tahun 1937 memandangkan pendidikan tinggi yang diterimanya.
Beliau menubuhkan Perikatan Melayu Perak pada 27 Januari 1946 untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau juga memainkan peranan penting dalam usaha menubuhkan Parti UMNO pada tahun 1946 bersama dengan Dato Onn Jaafar dari Johor.
Datuk Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz menjadi Menteri Besar Perak sejak dari dari 1 Februari 1948 sehingga 1 Ogos 1957.
Sepertimana yang dikatakan tadi, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang pertama sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan. Beliau meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar secara rasmi pada 31 Julai 1957 kerana keuzuran.