Benarkah Tun Saban Mati Dibunuh Megat Terawis?

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Cerita mengenai Tun Saban amat menarik untuk didendangkan kepada seluruh warga negara Malaysia terutamanya buat anak jati negeri Perak sendiri. Sepertimana kita sudah sedia maklum, Tun Saban adalah pemerintah Hulu Perak sebelum negeri Perak ini mempunyai seorang anak gahara yang diangkat sebagai sultan.

    Mungkin ada diantara anda pembaca setia orangperak.com yang telah terlepas pandang pada artikel kami yang lalu tentang siapakah sebenarnya Tun Saban dalam sejarah negeri Perak. Tun Saban sebenarnya adalah merupakan anak kepada Bendahara Tun Perak.

    Tun Perak adalah individu hebat yang memegang jawatan sebangai Bendahara Paduka Raja Melaka yang mana Tun Perak telah keluar berhijrah ke Hulu Muar. Untuk lebih lanjut berkenaan siapakah sebenarnya Tun Saban, anda boleh rujuk artikel Siapakah Sebenarnya Tun Saban Dalam Sejarah Perak?

    Benarkah Tun Saban Mati Dibunuh Megat Terawis

    Artikel kali ini ingin mengorek rahsia tentang kisah bagaimana kisahnya Tun Saban meninggal dunia. Terdapat banyak versi yang tidak diketahui kesahihannya kerana tiada rekod khas melainkan cerita turun temurun yang didendangkan oleh orang-orang tua sejak dari dahulu lagi.

    Benarkah Tun Saban Mati Dibunuh Megat Terawis

    Antara versi yang paling popular tentang kisah kematian Tun Saban sangat tragis apabila dikaitkan kisah yang Tun Saban dikatakan pernah berperang dengan angkatan tentera Sultan Muzaffar Shah I (Sultan Perak yang pertama). Secara kasarnya, Tun Saban yang dikatakan berkuasa di Hulu Perak tidak mahu tunduk dibawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah I.

    Benarkah Tun Saban Mati Dibunuh Megat Terawis

    Daripada versi penceritaan yang popular diatas, tidak diketahui pula apakah puncanya yang sebenar tentang yang menyebabkan Tun Saban tidak mahu tunduk dibawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah I selaku Sultan Perak yang pertama sedangkan apabila imbas kembali, Tun Saban bersama-sama dengan Nakhoda Kassimlah yang telah berangkat ke Kampar untuk mengadap Sultan Mahmud Shah (Sultan Melaka ke 8) dan memohon supaya salah seorang putera baginda menjadi Sultan Perak.

    Benarkah Tun Saban Mati Dibunuh Megat Terawis

    Anda boleh ikuti kisah Beting Beras Basah Menjadi Saksi Kehadiran Sultan Perak Pertama untuk lebih lanjut berkenaan dengan peristiwa diatas. Ada teori yang menyatakan bahawa punca peperangan antara Tun Saban dengan Sultan Muzaffar Shah I (Sultan Perak yang pertama) adalah kerana Tun Saban tidak mahu memberi anak perempuannya yang bernama Tun Merah untuk dijadikan sebagai gundik Sultan.

    Selain daripada teori yang dinyakan diatas sebagai punca peperangan antara Tun Saban dengan Sultan Muzaffar Shah I (Sultan Perak yang pertama) adalah Tun Saban dikatakan telah difitnah hendak menderhaka dengan Sultan Perak. Oleh yang demikian, seorang pembesar negeri Perak pada waktu itu bernama Megat Terawis dititahkan untuk membunuh Tun Saban.

    Akhirnya Megat Terawis telah berjaya membunuh Tun Saban di lokasi yang bernama Merah atau Changkat Merah. Apa yang diperkatakan, disana juga Tun Saban dimakamkan sebelum dipindahkan. Oleh yang demikian, atas jasa Megat Terawis mempertahankan sultan dengan membunuh seorang yang hendak menderhaka, beliau dilantik menjadi bendahara negeri Perak dengan menggantikan bendahara Tun Mahmud yang pulang ke Johor.

    Benarkah Tun Saban Mati Dibunuh Megat Terawis

    Bagaimana dengan anda pembaca setia orangperak.com? Adakah anda pernah dengar cerita versi lain berkaitan dengan kematian Tun Saban? Jika ada, mohon kongsikan di ruangan komen untuk perbincangan ilmiah sesama kita.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.