Siapakah Sebenarnya Tun Saban Dalam Sejarah Perak?

Mungkin ramai diantara generasi kita terutamanya anak kelahiran Perak pada hari ini amat jarang sekali untuk katakan yang mereka tahu tentang siapakah sebenarnya Tun Saban dalam sejarah negeri Perak. Tun Saban sebenarnya memainkan peranan yang amat penting dalam mengasaskan sistem pemerintahan beraja di Hulu Perak seterusnya sama-sama terlibat dalam membentuk negeri Perak.

Siapakah sebenarnya Tun Saban yang seringkali disebut-sebut ini? Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Tun Saban sebenarnya adalah merupakan anak kepada Bendahara Tun Perak. Ya benar, Tun Perak adalah individu hebat yang memegang jawatan sebangai Bendahara Paduka Raja Melaka yang mana Tun Perak telah keluar berhijrah ke Hulu Muar.

Kemudian, Tun Perak berhijrah ke Bentan dan Sumatera setelah Portugis menyerang Melaka pada tahun 1511 bersama-sama dengan Sultan Mahmud Shah (sultan Melaka ke 8 dan terakhir). Dikatakan, seramai 12 ahli keluarga Tun Saban telah berhijrah ke Hulu Pattani dan kemudiannya ke Belum.

Siapakah Sebenarnya Tun Saban Dalam Sejarah Perak

Di Hulu Perak, Tun Saban telah membuka sebuah penempatan kampung yang diberi nama Rilap Reli lantas Tun Saban seterusnya memulakan pemerintahan di Hulu Perak yang telah diasaskan oleh Tun Saban sendiri.

Semasa Tun Saban telah menjadi ketua di Hulu Perak, beliau terus mengangkat salah seorang daripada adik perempuannya yang bernama Tun Perabu untuk menjadi ketua di tempat bernama Temong dan dari situlah adik perempuannya yang bernama Tun Perabu dikenali dengan gelaran Tok Temong. Maklumat lanjut berkenaan Tok Temong, anda boleh rujuk artikel Siapakah Tok Temong Dalam Sejarah Perak?

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Tun Saban mempunyai tujuh orang anak yang mana empat daripadanya adalah lelaki dan tiga daripadanya adalah perempuan. Yang lelaki bernama Tun Kelawang, Tun Undan, Tun Kelelang, Tun Belondi dan yang perempuan bernama Tun Merah, Tun Dalap, Tun Bongsu Bangsawan.

Anaknya bernama Tun Merah dikatakan menjadi gundik Sultan Muzaffar Shah (Sultan Perak pertama) dan anak perempuan Tun Saban yang paling bongsu bernama Tun Bongsu Bangsawan telah dikahwinkan dengan Megat Terawis yang merupakan Bendahara Perak dan bergelar Orang Kaya Bendahara Paduka Raja.

Siapakah Sebenarnya Tun Saban Dalam Sejarah Perak

Ceritanya tentang kepentingan Tun Saban dalam membentuk negeri Perak, beliau telah dipertanggung-jawabkan untuk mendapatkan seorang sultan yang berdaulat bagi negeri Perak. Anda boleh rujuk artikel Beting Beras Basah Menjadi Saksi Kehadiran Sultan Perak Pertama untuk penceritaan tentang kedatangan Sultan Perak yang pertama di negeri tercinta ini.

Ada yang pernah menyatakan bahawa Tun Saban juga pernah berperang dengan angkatan perang Sultan Muzaffar Shah I (Sultan Perak pertama) kerana isunya Tun Saban yang berkuasa di sebelah Hulu Perak tidak mahu tunduk di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah.

Ada juga khabar yang menyatakan bahawa punca peperangan dan perbalahan tersebut adalah kerana Tun Saban tidak mahu memberi anak perempuannya yang bernama Tun Merah untuk dijadikan sebagai gundik Sultan. Namun hal ini tidak sahih dan ianya cuma teori dan beberapa pendapat sahaja.

Menurut makluman yang ada dalam buku Hulu Perak Dalam Sejarah pula, Tun Saban difitnahkan telah derhaka kepada Sultan Muzaffar Shah lalu seorang pembesar Perak yang bernama Megat Terawis dititahkan untuk membunuh Tun Saban. Megat Terawis berjaya membunuhnya di tempat yang bernama Changkat Merah dan di situ jugalah Tun Saban dimakamkan.

Siapakah Sebenarnya Tun Saban Dalam Sejarah Perak

Kerana jasanya membunuh Tun Saban, Megat Terawis dilantik menjadi Bendahara Negeri Perak untuk menggantikan Bendahara Tun Mahmud yang pulang ke Johor. Cerita mengenai Tun Saban banyak terdapat dalam buku sejarah yang berkaitan dengan negeri Perak dan jika anda ada maklumat dimanakah lokasi sebenar makam Tun Saban, sila komen kerana kami warga orangperak.com tidak tahu lokasinya dengan tepat.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.