Kecoh di media sosial pada 24 Oktover 2017 yang lalu apabila empat tempayan misteri yang berisi penuh empat tengkorak manusia ditemui di atas bukit dalam kawasan peninggalan lombong bijih timah di Kampung Baru Nalla, Tronoh.
Tulang manusia yang dijumpai itu telah dirujuk ke pakar patologi untuk mengenal pasti daripada pelbagai aspek termasuk usia tulang dan sama ada terdapat unsur jenayah atau tidak. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, tengkorak tersebut dijumpai oleh kontraktor Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pecawang dikawasan tersebut.
Tempayan berkenaan dijumpai tersusun baik dengan rapat serta tiga daripadanya dalam keadaan tertutup. Keadaan tulang-tulang yang berada dalam tempayan itu bercampur-baur dan ada empat tengkorak dan beberapa tulang lagi bertaburan atas tanah.
Sebenarnya dalam sekitar tahun 1990-an, kawasan tersebut memang cukup terkenal sebagai lokasi penempatan tempayan untuk menyimpan tulang nenek moyang dan saudara mara masyarakat Cina yang telah lama meninggal dunia. Kebiasaannya, ia akan diletakkan di tempat yang tinggi seperti bukit untuk mendapatkan Feng Shui yang baik.
Apakah itu Feng Shui? Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Feng Shui adalah merupakan kepercayaan yang tumbuh bersama kebudayaan masyarakat Cina. Feng bermaksud angin manakala Shui pula bermakna Air. Secara asasnya, hal ini berfungsi untuk membicarakan segala hal yang berkait rapat dengan elemen air, angin dan api.
Biasanya Feng Shui selalunya dikait rapat dengan aset ,alat, barang, bangunan dan macam-macam lagi perkara yang boleh mendatangkan keuntungan dan tuah kepada penggunanya. Jadi disini kami ingin menceritakan serba ringkas tentang hal tempayan yang berisi tulang manusia ini.
Secara asasnya, konsep keadaan tubuh mayat nenek moyang menjadi faktor utama kenapa pemindahan tulang ini berlaku. Menurut orang lama masyarakat cina yang ditemu bual, jika tubuh nenek moyang mereka rosak dan tidak berjaga, maka tubuh seluruh keturunannya yang masih hidup juga akan turut terkesan rosaknya.
Dengan meletakkan tulang-tulang moyang mereka ke tempat yang lebih tinggi dan nyaman serta jauh dari gangguan, ia seumpama seperti satu kebajikan yang dibuat kepada nenek moyang mereka sendiri dan mereka juga mengharapkan kebajikan yang diberi itu akan diperturun untuk seluruh keturunan nikmati kemudian hari.
Budaya memindahkan tulang nenek moyang sebenarnya mulai tenggelam dalam masyarakat cina pada hari ini kerana tidak ramai yang sanggup berdepan dengan tulang manusia milik nenek moyang mereka sendiri untuk dibersihkan dan memindahkan dari kubur ke tempayan dan diletakkan di tempat yang tinggi.