Home Tags Misteri

Tag: misteri

Peristiwa Misteri Tahun 1970 Di Gunung Pondok, Kuala Kangsar

Salah satu peristiwa yang sehingga kini dianggap misteri berlaku pada awal tahun 1970 apabila seorang penyelidik berbangsa Cina dilaporkan hilang ketika menjalankan kajian bersama satu rombongan lain. Tidak diketahui pula ke mana perginya penyelidik tersebut dan difahamkan ketika berada di atas gunung itu, penyelidik itu terus hilang tanpa disedari lansung oleh mana-mana ahli daripada kumpulannya.

Misteri Padang Antah Berantah Di Beruas

Padang Antah Berantah ini dikatakan adalah lokasi sebenar berlakunya pembunuhan beramai-ramai sewaktu peperangan besar pada zaman dahulu. Ianya merujuk kepada kisah tentang Raja Suran dari India menyerang Kerajaan Gangga Negara yang diperintah oleh Raja Gangga Shah Johan. Kesan dari peperangan ini adalah menyebabkan Kerajaan Gangga Negara tewas dan lenyap dari dunia.

Misteri Imej Pudar Di Menara Memorial Birch

Terdapat juga panel yang mengambarkan figura pembangunan tamadun-tamadun dunia di keempat-empat sisi menara jam tersebut. Salah satu daripada 44 figura tersebut ialah....

Misteri Tasik Pauh Janggi Di Beting Beras Basah, Perak

Kawasan air pusar di Beting Beras Basah itulah yang sebenarnya dikatakan kawasan yang tasik misteri iaitu Tasik Pauh Janggi. Kisahnya Tasik Pauh Janggi ini dianggap sebagai kawasan misteri sejak berkurun lamanya sebelum kedatangan Sultan Mudzaffar Shah I (Sultan Perak yang pertama) ke negeri Perak.

Hal Sebenar Misteri Tengkorak Dalam Tempayan Di Tronoh

Kecoh di media sosial pada 24 Oktover 2017 yang lalu apabila empat tempayan misteri yang berisi penuh empat tengkorak manusia ditemui di atas bukit dalam kawasan peninggalan lombong bijih timah di Tronoh. Apa yang berlaku sebenarnya?

Misteri Kota Raja Bersiong Di Selama

Ramai juga yang tidak tahu akan kewujudan Kota Raja Bersiong yang telah lama wujud di dalam mukim Ijok, Selama. Walau apa pun ceritanya, adalah menjadi persoalan tentang adakah Raja Bersiong ini mitos atau benar-benar wujud sebenarnya?

Disebalik Kisah Pembinaan Dan Misteri Kellie’s Castle

Pada tahun 1890, Kellie Smith yang baru berumur dua puluh tahun telah meninggalkan rumah beliau di Kellas untuk mencuba untuk mengubah nasib dan menambah kekayaan di Tanah Melayu. Tidak banyak maklumat yang diperoleh mengapa beliau memilih Tanah Melayu untuk tujuan itu. Namun begitu, beliau mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan masyarakat yang ada di Tanah Melayu ketika itu. Beliau telah mencuba beberapa bidang perniagaan dengan harapan untuk mencari bidang manakah yang betul-betul sesuai untuk beliau laksanakan sehingga berjaya, sehinggalah beliau berjumpa dengan pemilik ladang bernama Alma Baker.

Misteri Disebalik Lokasi Makam Sultan Perak Yang Ke 19

Lokasi kawasan ini terletak benar-benar di tepi tebing kanan Sungai Perak yang pada satu ketika dahulu menjadi nadi untuk jalan utama ke hulu dan ke hilir dalam serata negeri Perak dan menyimpan rahsia yang besar pada zaman dahulu. Terdapat beberapa kubur, makam dan bangunan masjid melayu lama yang dulu kukuh berdiri dalam keadaan usang disini namun apakah yang cuba disembunyikan yang kini dilitupi dengan ladang kelapa sawit?

Misteri Rumah Puaka Lama Di Lumut

Rumah lama yang ditinggalkan ini dahulunya tidak diketahui lansung kewujudannya kerana ia dikelilingi dengan hutan banat. Kawasan hutan disitu diteroka oleh pihak pemaju untuk tujuan pembangunan di kawasan tersebut, maka setelah dibersihkan kawasan tersebut kelihatanlah rumah usang lama yang kelihatan agak menyeramkan. Sedangkan penduduk di kawasan setempat pun tidak tahu akan kewujudan rumah itu. Entah milik siapalah rumah yang telah lama ditinggalkan itu.
101,203FansLike
29,731FollowersFollow
100FollowersFollow
335SubscribersSubscribe

Menarik