26.6 C
Ipoh
Saturday, 5 October 2024

Tiga Taman Negeri Di Perak Yang Ramai Tidak Tahu

- Advertisement -
- Advertisement -

Perbadanan Taman Negeri Perak ditubuhkan selaras dengan tertubuhnya Enekmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001 (Sek 6) yang mana telah menjadikan Perbadanan Taman Negeri Perak sebagai satu badan berkanun Kerajaan Negeri Perak.

Ianya ditubuhkan atas inisiatif kerajaan negeri untuk melindungi khazanah alam semulajadi yang masih terpelihara. Mereka mula beroperasi sebagai perbadanan pada tarikh 1 Januari 2004 untuk menjadi sebuah organisasi yang berkemampuan tinggi di dalam mengekal dan mengurus kepelbagaian ekosistem ke arah keharmonian bersama.

Berbalik kepada tujuan utama artikel ini diketengahkan pada anda semua adalah untuk memberi informasi tentang tiga taman negeri di Perak yang ramai tidak tahu dan tidak ambil kisah. Ianya adalah maklumat penting untuk menunjukkan jiwa kita sebagai seorang anak Perak yang cintakan alam.

1. Royal Belum

Kira-kira 200 tahun yang lalu, Kampung Belum Lama telah dibuka oleh pasangan diraja dari Kerajaan Patani / Siam (pemerintahan Raja Reman / Rahman) yang dikenali sebagai Wan Agas. Walau bagaimanapun, penduduk tempatan memanggilnya dengan nama Tok Mekong Gas dan Tok Pulang Hari.

Semasa pendudukan British di Tanah Melayu, daerah Belum Lama telah diletakkan ke dalam negeri Perak berdasarkan Anglo Siam pada tahun 1909. Satu perjanjian yang ditandatangani antara United Kingdom dengan kerajaan Siam telah dibuat maka dengan itu Kampung Belum Baru telah diwujudkan beberapa tahun kemudian oleh British semasa Darurat di Tanah Melayu.

Tiga Taman Negeri Di Perak Yang Ramai Tidak Tahu

Penduduk tempatan telah dipaksa untuk berpindah disebabkan kampung tersebut telah diduduki oleh gerila komunis sebagai asas untuk mendapatkan bekalan dan latihan mereka. Kampung Belum Baru telah ditubuhkan pada tahun 1953 dan ianya terletak berhampiran dengan pekan Gerik dan ia masih diduduki sehingga hari ini.

Baca lebih lanjut tentang Royal Belum.

2. Pulau Sembilan

Pulau Sembilan adalah kawasan yang terdiri daripada 9 buah pulau-pulau yang indah. Mereka adalah pulau yang diberi nama iaitu Pulau Agas, Pulau Payong, Pulau Nipis, Pulau Rumbia, Pulau Lalang, Pulau Buluh, Pulau Saga, Pulau Batu Hitam dan Pulau Batu Putih. Pulau Sembilan ini terletak kira-kira 10 batu nautika dari Pulau Pangkor.

Tiga Taman Negeri Di Perak Yang Ramai Tidak Tahu

Ia cukup terkenal dikalangan kaki pancing kerana terdapat banyak hidupan laut di sini. Kebanyakan yang datang hanya melawat ke pulau ini dengan bot tanpa menginap di sana. Biasanya mereka akan menyewa bot di pelabuhan kecil dan mereka melawat pulau itu untuk berkelah.

Pulau Lalang ini mempunyai pantai yang terbaik. Anda boleh menangkap ikan di kawasan tersebut dan kemudian menikmati ikan segar dengan memasak (bbq) untuk makan tengah hari di salah satu pantai yang terbaik ini.

Tiga Taman Negeri Di Perak Yang Ramai Tidak Tahu

Kawasan antara Pulau Rumbia dan Pulau Lalang adalah lokasi terbaik untuk aktiviti menyelam dan snorkeling kerana terdapat tumbuhan batu karang yang indah dengan kedalaman 15 meter sahaja. Ramai penduduk tempatan menghabis hujung minggu mereka untuk memancing di Pulau Sembilan.

Baca lebih lanjut tentang Pulau Sembilan.

3. Alam Kinta

Taman Negeri Alam Kinta merupakan sebuah lagi Taman Negeri yang diwujudkan selepas Taman Negeri Royal Belum dan Taman Negeri Pulau Sembilan. Taman Alam Kinta merupakan lokasi habitat dan persinggahan bagi pelbagai jenis burung.

Tiga Taman Negeri Di Perak Yang Ramai Tidak Tahu

Terdapat 2 kategori burung yang terdapat di Taman Alam Kinta iaitu burung residen dan burung hijrah. Tarikan Utama di Taman Alam Kinta ialah Pulau Pucung dimana di Pulau tersebut terdapat beratus-ratus sarang burung pucung yang sukar ditemui di tempat lain.

Di Taman Alam Kinta Juga terdapat beberapa kemudahan yang disediakan termasuklah menara tinjau, tapak perkhemahan, wakaf dan tandas untuk keselesaan pengunjung yang datang.

Baca lebih lanjut tentang Alam Kinta.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here