● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:12
Pelancongan

Taman Alam Kinta Adalah Taman Negeri Perak Ke Tiga

19 Jan 2019 · 1 min baca · 283 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Taman Alam Kinta yang mula beroperasi sejak 2017 telah diiktirafkan oleh Persatuan Alam Malaysia sebagai kawasan yang menjadi habitat kepada lebih daripada 150 jenis burung air melalui atau kajian yang telah dilakukan pada awal tahun 2017.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Taman Alam Kinta telah dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang mana lokasinya terletak di Batu Gajah. Jangan anda tidak tahu bahawa asalnya kawasan tersebut adalah merupakan kawasan tinggalan lombong yang banyak terdapat di Batu Gajah. Hasil gabungan usaha dan kreativiti mereka yang terlibat untuk menjayakan Taman Alam Kinta ini, akhirnya ia berjaya dijadikan sebagai salah satu tarikan baru di negeri Perak terutamanya buat mereka yang meminati keindahan alam semulajadi dengan flora dan fauna dengan iringan kicauan burung di waktu petang.

Taman Alam Kinta Adalah Taman Negeri Perak Ke Tiga

Taman Alam Kinta mempunyai keluasan seluas 900 hektar dan antara spesis burung air yang menjadi tarikan utama kepada mereka yang datang adalah seperti burung kuang, raja udang, belatuk, wak-wak, tiong air, penyelam, panglim, bangau dan banyak lagi spesis burung lain.

Taman Alam Kinta Adalah Taman Negeri Perak Ke Tiga

Kerajaan negeri Perak telah mengisytiharkan dan mewartakan Taman Alam Kinta sebagai salah satu Taman Negeri Perak dan perkara ini secara tidak langsung telah menjadi salah satu produk pelancongan utama buat negeri Perak Darul Ridzuan.

Taman Alam Kinta Adalah Taman Negeri Perak Ke Tiga

Sekadar makluman buat anda pembaca setia orangperak.com, Taman Alam Kinta yang diwartakan sebagai Taman Negeri Perak ini adalah yang ketiga selepas

Royal Belum

dan

Pulau Sembilan

. Pengisytiharan tersebut adalah bertujuan untuk memastikan kegiatan yang dilakukan dalam taman negeri itu sentiasa dipatuhi peraturan dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Perbadanan Taman Negeri, sekaligus memastikan sistem ekologi dan khazanah alamnya agar lebih terpelihara.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.