Lanjutan Penutupan Jambatan Sultan Yusuf Sitiawan – Sabak Bernam Selama 4 Bulan

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Jabatan Kerja Raya Negeri Perak telah mengeluarkan notis berkenaan Jambatan Sultan Yusuf yang menghubungkan Sitiawan dan Sabak Bernam, kini ditutup untuk tempoh 4 bulan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan.

    Notis penutupan jambatan

    Berikut adalah notis yang dikeluarkan oleh laman Facebook Jabatan Kerja Raya Malaysia untuk makluman pembaca orangperak.com.

    “Dukacita dimaklumkan bahawa Jambatan Sultan Yusuf di FT005 terpaksa dilanjutkan penutupannya berikutan penemuan kecacatan serius yang boleh mengkompromi integriti struktur dan menjejaskan keselamatan jambatan berkenaan.

    Penutupan ini dijangka berlanjutan selama empat bulan untuk membolehkan kerja-kerja memperkukuhkan jambatan dijalankan. Pengguna adalah dinasihat menggunakan laluan alternatif sepertimana ditunjukkan di dalam rajah berkembar bersama Kenyataan Media Jabatan Kerja Raya.

    Kenyataan media penutupan jambatan

    Kenyataan media penutupan jambatan 2

    Kami amat menyesali kesukaran yang terpaksa dialami oleh pengguna-pengguna jalan raya akibat dari kerja-kerja yang terpaksa dilaksanakan ini demi menjaga keselamatan pengguna jalan raya. Harap patuhi arahan di papan-papantanda keselamatan yang sedia terpasang di tapak bina.”

    Berikut merupakan notis yang dikeluarkan oleh laman Facebook Jabatan Kerja Raya Negeri Perak yang telah dikemaskini pada 27 Ogos 2017 yang lalu.

    “Dimaklumkan sehingga kini jambatan ini masih berstatus ditutup kepada semua kenderaan sehingga ke tarikh yang diberitahu kelak. Penutupan ini dibuat bagi kerja-kerja penyenggaraan komponen jambatan yang masih lagi diteruskan oleh JKR bersama pihak kontraktor.

    Papan tanda jalan alternatif telah diletakkan bermula dari Taman Desa Aman (Teluk Intan FT005)manakala dari Sitiawan akan diletakkan di persimpangan Felda Changkat Lada(A266). Pengguna diminta terus bersabar dan mematuhi papan tanda arah dan keselamatan yg telah disediakan di jalan-jalan yg terlibat. Kesulitan pada hari ini untuk kesenangan pada masa depan kita semua. Komitmen dan kerjasama anda amatlah kami hargai serta kemaafan dipohon dari kami atas perkara ini.”

    Pembaca orangperak.com boleh merujuk kepada Pejabat Jurutera Daerah Hilir Perak di talian 05-6221166 atau fax 05-6214590. Maklumat lanjut juga boleh diperolehi melalui Facebook: JKR Hilir Perak atau Twitter JKR_HilirPerak atau JKR Perak atau Twitter JKR Perak

    하늘
    하늘
    꿈을 꾸고 믿을 수 있다면 이룰 수도 있다. 세상에서 보고싶은 변화가 있다면 당신 스스로 그 변화가 되어라. 성공에 대한 의지를 품는 것은 무엇보다 중요하다.