Pusara Pejuang Kemerdekaan Malaysia Di Taiping

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Siapa sangka di tengah-tengah kesibukan bandar Taiping, terdapat sebuah pusara milik Dr Burhanuddin Al-Helmy yang disemadikan di Masjid Lama Taiping sejak tahun 1969.

    Pemilik nama sebenar Amir Burhanuddin bin Ungku Muhammad Noor ini merupakan salah seorang tokoh yang berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan negara Malaysia.

    Beliau dikatakan seorang tokoh pejuang negara yang tiada tolok bandingnya oleh Prof Emiritus Tan Sri Dato’ Khoo Kay Kim dimana beliau adalah sosok tokoh pejuang negara yang mewaqafkan dirinya untuk kemerdekaan negara dalam tiga zaman iaitu sebelum, semasa dan selepas kemerdekaan Malaysia.

    Dr Buhanuddin Alhelmy

    Untuk makluman pembaca orangperak.com, gelaran Al-Helmy diberikan kerana beliau seorang yang berperibadi lemah lembut dan disenangi oleh banyak pihak sepanjang berurusan dengan beliau.

    Beliau juga pemegang gelaran Doktor kerana beliau adalah seorang anak Melayu yang merupakan Pengasas Perubatan Homeopathy Malaysia termasuk banyak menulis buku mengenai pengubatan tersebut.

    Kubur Dr Buhanuddin Alhelmy

    Selain itu, beliau juga mendapat PhD di Universiti Aligarh, New Delhi, India di dalam bidang Falsafah dan Sastera, Bahasa Inggeris, Perancis, German, dan Perubatan Homeopati.

    Antara karya penulisan beliau yang banyak menceritakan berkenaan perjuangan dan politik adalah seperti berikut :

    • Perjuangan Kita (1946)
    • Falsafah Kebangsaan Melayu (1947)
    • Agama dan Politik (1954)
    • Ideologi Politik Islam (1957)

    Untuk pengetahuan pembaca orangperak.com, beliau telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (SPCM) oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 27 November 2015.

    Antara lokasi yang dinamakan sempena mengenang jasa beliau :

    • Jalan Burhanuddin Helmi di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
    • Persiaran Burhanuddin Helmi di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Doktor Burhanuddin di Taiping, Perak
    • Sekolah Rendah Islam Burhanuddin Al-Helmy di Alor Setar, Kedah
    • Kolej Burhanuddin Helmi, Kolej Kediaman, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

    Papantanda Kubur Dr Buhanuddin Alhelmy

    Beliau pernah ditahan oleh penjajah British di bawah ISA di akhir hayat beliau disebabkan oleh perjuangan beliau yang lantang pada waktu itu. Dikatakan juga, kesan daripada penyakit lelah yang dideritainya di dalam tahanan turut menjadi salah satu punca kematiannya pada Oktober 1969.

    Oleh itu, marilah kita sama-sama mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan semangat perjuangan beliau dapat dirasai oleh generasi yang akan datang.

    하늘
    하늘
    꿈을 꾸고 믿을 수 있다면 이룰 수도 있다. 세상에서 보고싶은 변화가 있다면 당신 스스로 그 변화가 되어라. 성공에 대한 의지를 품는 것은 무엇보다 중요하다.