Sejarah Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson Ipoh. Sekolah Anderson, salah satu institusi pendidikan tertua dan paling berprestij di Malaysia, terletak di bandar Ipoh, Perak. Sekolah ini telah melahirkan ramai tokoh terkenal dan berjaya dalam pelbagai bidang, menjadikannya antara sekolah menengah terbaik di negara ini.

Penubuhannya bermula pada awal abad ke-20, namun tertumpu untuk memberi pendidikan pada anak-anak pemimpin atau pembesar di Tanah Melayu pada ketika itu. Ini kerana ia diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar Melayu yang tidak berkesempatan menyertai Koleh Melayu Kuala Kangsar.
Serta ia juga menjadi pilihan kepada ibu bapa Melayu yang tidak mahu menghantar anak mereka ke sekolah Anglo-Chinese seperti St. Micheal Institution yang merupakan antara dua sekolah mubaligh Kristian yang terkemuka di Ipoh.

Sekolah Anderson ditubuhkan pada tahun 1909 oleh kerajaan British di bawah pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States). Sekolah ini dinamakan sempena Sir John Anderson, Gabenor Negeri-negeri Selat (1904-1911) yang juga merupakan seorang tokoh penting dalam pembangunan pendidikan di Tanah Melayu. Pada mulanya, sekolah ini dikenali sebagai “Anderson School” dan beroperasi di bangunan sementara di Jalan Belfield, Ipoh.
Pertambahan murid yang ramai menyebabkan sekolah ini terpaksa menggunakan sementara bangunan tambahan di Masonic Hall (Bangunan Jabatan Pelajaran Negeri Perak sekarang) di Jalan Maxwell (Jalan Tun Abdul Razak) pada tahun 1919. Akhirnya pada tahun 1931, bangunan baharu Sekolah Anderson di Jalan Ashby (Jalan Hospital) siap dibina dan dibuka. Bangunan asal sekolah ini direka dengan gaya seni bina kolonial British, yang masih mengekalkan ciri-ciri sejarahnya walaupun telah melalui beberapa pengubahsuaian.

Namun pada tahun 2025, bangunan lama Sekolah Anderson telah mengalami proses renovasi besar-besaran dengan struktur utama bangunan ini dirobohkan dan hanya muka hadapan bangunan sahaja yang dikekalkan.
Diawal penubuhannya, Lt. Kol. J.H. Tyte yang merupakan Timbalan Pengetua Victoria Institution Kuala Lumpur telah dilantik sebagai Pengetua pertama Sekolah Anderson. Beliau dibantu oleh Mr. E.C. Smith yang menjadi Timbalan Pengetua.
Sekolah Anderson terkenal dengan kecemerlangan akademik dan kokurikulumnya. Sejak penubuhannya, sekolah ini telah melahirkan ramai pelajar yang berjaya dalam pelbagai bidang, termasuk politik, perniagaan, sukan, dan seni. Sekolah ini juga terkenal dengan tradisi kecemerlangan dalam sukan, terutamanya dalam hoki, ragbi, dan olahraga.

Selain itu, Sekolah Anderson juga dikenali sebagai sekolah berasrama penuh yang menekankan disiplin dan nilai-nilai murni. Sistem pendidikan yang holistik dan berorientasikan kecemerlangan telah menjadikan sekolah ini sebagai pilihan utama bagi ramai keluarga di Ipoh dan sekitarnya.
Pada tahun 2009, sekolah ini menyambut ulang tahun ke-100 penubuhannya dengan sambutan yang dirasmikan oleh Sultan Azlah Shah, Sultan Perak pada ketika itu. Kemudian sekolah ini turut mengadakan program seperti Karnival Sukan 100 tahun serta Kejohanan Olahraga Kali Ke-100. Juga turut diadakan acara Fun Ride serta Majlis Makan Malam Amal pada 7 dan 8 Julai 2018.

Tokoh Terkenal dari Sekolah Anderson
Sekolah Anderson telah melahirkan ramai tokoh terkenal yang telah memberikan sumbangan besar kepada negara. Antara tokoh-tokoh terkemuka yang pernah menuntut di sekolah ini termasuk:
- DYTM Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa, Raja Muda Perak Darul Ridzuan
Baginda merupakan Raja Muda Perak Darul Ridzuan - Tun (Dr) Haji Ahmar Sarji Abdul Hamid
Beliau merupakan Ketua Setiausaha Negara ke-9. - Ahmad Boestamam
Seorang pejuang kemerdekaan dan juga tokoh politik yang menubuhkan Parti Rakyat Malaysia dan Parti Marhaen Malaysia. - Tun Mohammed Hanif Omar
Mantan Ketua Polis Negara - Dato’ Seri Chan Sek Keong
Beliau merupakan Ketua Hakim Negara Singapura dari tahun 2006 sehingga tahun 2012. - Dato’ Mohammad Nor Khalid (Dato’ Lat)
Tokoh kartunis terkenal negara. - Tun S.Samy Vellu
Tokoh politik dan antara menteri yang memegang jawatan terlama di Malaysia. Beliau juga mantan Presiden MIC. - Dr. Wong Jeh Shyan
Mantan CEO CommerceNet Singapura - Dato’ Sivarraajh Chandran
Tokoh politik dan mantan Ahli Parlimen Cameron Highlands. - Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu
Tokoh politik dan mantan Menteri Besar Perak ke-12 dan ke-13. Juga mantan Menteri Belia Dan Sukan. - Dato’ Panglima Bukit Gantang Tan Sri Abdul Wahab Toh Muda Abdul Aziz
Menteri Besar Perak yang pertama.

Sekolah Anderson, Ipoh, bukan sekadar sebuah sekolah biasa, tetapi sebuah institusi yang telah melakar sejarah dalam sistem pendidikan Malaysia. Dengan tradisi kecemerlangan yang berterusan, sekolah ini terus melahirkan generasi pelajar yang berjaya dan berbakat. Tokoh-tokoh terkenal yang dihasilkan oleh Sekolah Anderson adalah bukti kejayaan institusi ini dalam membentuk pemimpin dan profesional yang berkaliber tinggi.
Hari ini, Sekolah Anderson kekal sebagai simbol kecemerlangan pendidikan dan kebanggaan rakyat Malaysia, khususnya masyarakat di Ipoh dan negeri Perak. Dengan komitmen untuk terus mempertahankan standard yang tinggi, sekolah ini dijangka akan terus melahirkan lebih ramai tokoh yang akan menyumbang kepada kemajuan negara pada masa hadapan.