Segalanya bermula dari dalam tidur seorang lelaki berumur 35 tahun dari Sungai Siput yang mana dapat mimpi agak pelik dalam tidurnya. Kisah yang terjadi di dalam mimpinya itu telah menambahkan lagi minat yang mendalam akan cenderung kepada berbusana kemelayuan dan memartabatkan bangsa melayu dalam perspektif seni melalui dendangan alunan muzik dan lagu kemelayuan yang santai. Teruskan membaca untuk ketahui apa yang berlaku.
Jika tidak punyai minat yang mendalam pasti akan mengabaikan mimpi tersebut. Apa yang diceritakan kepada kami orangperak.com adalah kisahnya mimpi tersebut sememangnya menarik perhatian editor. Kisah yang berlaku di dalam mimpi tersebut berkisahkan tentang beliau dibawa ke satu perkampungan melayu yang lama. Disana penuh dengan orang melayu yang berbusana mempertabatkan dan mengangkat adat melayu setinggi-tingginya dalam kehidupan mereka.
Sewaktu berada di perkampungan tersebut, terdapat seekor gajah yang berwarna putih yang sedang berjalan dan ditunggang oleh seorang orang tua. Gajah putih itu sedang berjalan untuk melepasi sebatang anak sungai menuju dan ke individu yang sedang bermimpi ini. Apabila gajah putih itu sampai dekat dengan beliau, maka turunlah orang tua yang menunggang dari badan gajah yang berwarna putih itu ke tanah.
Lantas orang tua tersebut terus memperkenalkan diri sebagai Tok Putih dan mengucapkan selamat datang. Setelah memperkenalkan diri, Tok Putih mengajak individu ini untuk sama-sama naik ke atas badan gajah putih miliknya itu dan membawanya bersiar-siar mengililingi kawasan kampung. Maka beredarlah mereka dari kawasan pertemuan dan perkenalan menuju ke jalan lain untuk mengelilingi kawasan kampung.
Sewaktu dalam perjalanan bersiar-siar di atas badan gajah putih mengelilingi kawasan kampung bersama Tok Putih, terdapat beberapa puteri-puteri yang cantik di tepian dan menyanyikan alunan muzik irama melayu. Bermula dari kisah inilah tercetusnya idea dan minat beliau untuk dijadikan lagu-lagu yang didengarnya dalam mimpi itu tadi menjadi realiti.
Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, individu tersebut mengambil nama Tok Putih sebagai nama samaran yang didapati di dalam mimpinya itu. Beliau terus buat rakaman di studio untuk merealisasikan lagu yang didendangkan oleh puteri-puteri dalam mimpinya itu. Kini, Tok Putih mempunyai dua lagu yang bertajuk Cahaya Warisan (2016) dan juga Di Mana Diri Ku Lagi (2017). Ternyata kita harus menarik nafas lega kerana ada lagi insan yang cintakan adat dan bangsa lantas memperjuangkan melalui minat mereka.