Fakta Menarik Tentang Terowong Menora

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Pada 24 September 1987, DYMM Sultan Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Ghafarullahu-lahu Shah yang merupakan Sultan Perak pada ketika itu telah merasmikan pembukaan lebuh raya Ipoh ke Changkat Jering. Projek lebuh raya yang sepanjang 55 kilometer ini telah menelan belanja kos sebanyak $360 juta.

    Pembinaan lebuh raya ini banyak memberi manfaat pada orang ramai sehingga ke hari ini kerana ia dapat memendekkan perjalanan dari utara ke selatan sejauh 30 kilometer.

    Lebuh raya tersebut sebenarnya telah mula digunakan sejak 31 Ogos 1986 lagi iaitu sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara pada tahun tersebut. Ia merupakan lebuh raya kedua yang dikenakan bayaran tol di Perak selepas lebuh raya Slim River ke Tanjung Malim.

    Projek pembinaan ini bertujuan untuk membangunkan industri pelancongan negara di samping itu dapat membangunkan ekonomi Negeri Perak sendiri.

    peta terowong menora

    Projek lebuh raya yang sepanjang 55 kilometer ini tidak akan lengkap dengan dua buah terowong sepanjang 880 meter dan satu lagi sepanjang 830 meter yang dikenali sebagai Terowong Menora.

    Kedua-dua terowong ini tidak sama panjang kerana sudut potongan pintu masuk, keluar dan selekoh yang menjadi faktor kenapa panjangnya berbeza walaupun ianya sebelah menyebelah.

    Kedudukan Terowong Menora terletak di bawah Banjaran Keledang, negeri Perak. Kini, Terowong sepanjang lebih kurang 800 meter ini merupakan sebahagian daripada Lebuhraya Utara Selatan.

    Terowong Menora juga tidak dapat lari dari pelbagai cerita-cerita mistik, kisah misteri dan cerita seram sama seperti keadaan di lebuh raya karak sejak mereka dibuka kepada pengguna awam.

    Adakala dikaitkan dengan puntianak yang berkeliaran, volkswagen kuning, dan skuter. Namun, inilah hakikat orang kita yang suka berkongsikan cerita mitos sebigini untuk menambah asam dan garam untuk menyedapkan lagi perbincangan mereka.

    Oleh kerana terowong ini berada di Banjaran Keledang, keadaan laluan lebuh raya di bawah agak curam dan berselekoh tajam untuk kedua-dua belah arah utara dan selatan.

    Lebuh raya ini juga digelar sebagai jajaran maut kerana statistik kemalangan maut yang kerap berlaku disitu sepanjang tahun. Oleh itu, pemandu dinasihatkan agar sentiasa menggunakan gear rendah semasa menuruni selepas melepasi terowong di lebuh raya tersebut.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.