● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:52
Syuruk
06:59
Zohor
13:03
Asar
16:22
Maghrib
19:01
Isyak
20:12
Berita

Runtuhan Lombong Lama Di Pantai Remis Pada 1993

17 Jan 2017 · 1 min baca · 312 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Pantai Remis merupakan sebuah pekan yang mempunyai pantai di daerah Manjung dalam negeri Perak. Pantai remis mendapat nama daripada remis yang banyak terdapat di persisiran pantai tersebut. Remis merupakan sejenis moluska bercangkerang yang tinggal di kawasan pantai berpasir dan ianya boleh dimakan serta sangat sedap! Ikan-ikan laut yang segar boleh didapati dengan mudah di Pantai Remis ini kerana terdapat nelayan yang sentiasa keluar masuk ke laut menangkap ikan.

pantai remis perak

Berbalik kepada tajuk asal artikel ini. Pada 21 Oktober 1993 yang lalu, lombong lama yang ditinggalkan di Pantai Remis telah runtuh. Lombong yang ditinggalkan ini adalah bekas lombong bijih timah pada satu ketika dulu. Semua orang tahu yang Malaysia sangat dikenali dengan industri perlombongan timah pada waktu zaman dijajah dahulu. Turut disertakan video amatur yang merekodkan runtuhan dinding lombong timah yang terbiar itu. Kejadian tersebut berlaku dekat dengan laut dan kesannya kini boleh dilihat dengan satu teluk kecil berukuran kira-kira 500 m² luasnya.

"Tahun itu, saya menerima satu panggilan dari pemilik lombong timah. Beliau mengatakan bahawa lombong beliau, yang mana telah diusahakan selama beberapa dekad, akan runtuh. Saya bergegas ke tempat kejadian bersama kamera video saya dan menunggu selama beberapa jam. Akhirnya, saya mengambil filem yang berharga ini. Meskipun filem ini hanya berlangsung selama beberapa minit, ia cukup mengujakan. Saya harap video ini boleh membuatkan anda semua menghargai akibat daripada memusnahkan alam sekitar kita", menurut perakam video tersebut. Tiada kematian, kecederaan dan kemalangan dilaporkan kerana semua orang sudah berwaspada dan sudah tahu akan perihal diding lombong tersebut akan runtuh. Semua orang diseru untuk menjaga persekitaran di kawasan masing-masing untuk mengelakkan kejadian bencana yang sama sepertinya lagi. Perkara sebegini boleh di ubah jika semua orang bersungguh-sungguh dalam turut serta menjayakan dan sama-sama menjaga kawasan masing-masing untuk anak cucu kita tinggal di tanah sama yang sedang kita pijak ini.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.