Rumah Warisan Kampung Kerunai Di Gerik

Rumah Warisan yang terletak di Kampung Kerunai, Gerik, Perak Darul Ridzuan dimiliki oleh Prof Dato Dr Wan Hashim Wan Teh dan adik beliau Hajah Wan Marian Wan Teh. Prof Dato Dr Wan Hashim Wan Teh merupakan bekas pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan kemudiaannya berhijrah ke Universiti Pertahanan Awam Malaysia (UPNM) sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian dan Pengurusan Pertahanan.

Kini, Rumah Warisan diduduki oleh adik beliau, Puan Hajah Wan Mariah Wan Teh yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa bersama-sama dengan anak lelaki beliau. Melalui pandangan kasar, Rumah Warisan dilihat sebagai sebuah rumah Melayu tradisional yang sangat cantik dan unik daripada segi reka bentuknya. Rumah ini dibina berkonsepkan rumah tradisional Melayu Perak.

Rumah Warisan, nama yang tidak asing lagi oleh penduduk sekitarnya. Seni bina kediaman yang boleh dilihat dari arah jalan utama menjadi tarikan kepada mata yang melihat. Sekilas pandang, perincian kediaman ini tidak ubah seperti Istana Kenangan atau juga dikenali sebagai Istana Kuning yang terletak di Kuala Kangsar, di mana pembinaannya dibuat tanpa menggunakan paku-paku besi.

Hasil temu bual bersama dengan Puan Mariah, beliau menyatakan bahawa rumah ini dibina berkonsepkan Istana Kuning yang terletak di Kuala Kangsar, Perak.Tambahan pula, dengan mainan rona bendera Perak menyerlahkan lagi elemen seni binanya yang menarik dan kaya dengan kehalusan seni buatannya.

Rumah Warisan Kampung Kerunai Di Gerik

Melalui temu bual dengan pemilik Rumah Warisan ini, beliau mengatakan bahawa Rumah Warisan ini dibina sebelum Jepun memasuki Tanah Melayu lagi. Kediaman ini dibina semenjak generasi terdahulu iaitu daripada arwah bapa dan ibu Puan Mariah, lalu diwariskan kepada anak-anak beliau secara warisan.

Pada zaman penjajahan Jepun, kediaman ini dijadikan tempat persinggahan oleh tentera Jepun. Bapa pemilik Rumah Warisan ini merupakan seorang ketua penghulu Mukim Kerunai pada masa itu yang dikenali sebagai Penghulu Wan Teh.

Rumah Warisan Kampung Kerunai Di Gerik

Wan meriah dan anak lelakinya merangkap editor orangperak.com

Rumah Warisan ini mendapat nama kerana kediaman ini menjadi warisan turun-menurun dari satu generasi ke satu yang lain. Kewujudannya bagaikan suatu aset yang sangat berharga yang perlu senantiasa dipelihara.

Pada masa dahulu, masyarakat Melayu mempunyai peraturan-peraturan yang tertentu dalam mendirikan rumah. Lazimnya, mereka akan memilih kawasan atau tempat untuk menjadikan tapak membuat rumah dan dilakukan oleh tukang-tukang yang mahir. Sebelum menentukan tapak rumah, keadaan tanah yang sesuai perlulah diperhitungkan.

Rumah Warisan Kampung Kerunai Di Gerik

Editor orangperak.com Rahul sewaktu jelajah berbasikal semenanjung Malaysia

Tujuannya ialah supaya penghuni akan memperoleh kesejahteraan dalam hidup mereka. Sekiranya tapak itu tidak sesuai dikhuatiri akan member kemudaratan kepada penghuni tersebut. Pemilihan jenis kayu yang akan digunakan juga amat penting. Hanya kayu yang bermutu tinggi akan digunakan sebagai bahan binaan.

Rumah Warisan Kampung Kerunai Di Gerik

Antara jenis kayu tersebut ialah kayu cengal, meranti, resak, tembusu, merbau dan beberapa jenis lagi. Setiap kayu ini akan disesuaikan dengan tempatnya pada bahagian-bahagian rumah yang hendak didirikan. Setiap bahagian rumah memainkan peranan yang amat penting untuk memastikan sesebuah rumah itu terbina dengan kukuh dan tahan lama.

Kesenian dan keunikan corak tukangan melayu tradisional menjadikan sesebuah rumah itu menarik untuk dilihat seperti Rumah Warisan. Secara keseluruhannya, Rumah Warisan ini merupakan gabungan kediaman lama dan kediaman baru yang dibina untuk menjadikan kediaman ini tampil lebih luas.

Rumah Warisan Kampung Kerunai Di Gerik

Cucu cicit penghulu Wan Teh generasi 1, 2 dan 3

Bahagian kanan Rumah Warisan merupakan bahgian baru yang ditambah manakal bahagian kiri Rumah Warisan ini merupakan bahagian asal yang dipanggil ibu rumah. Setelah pengubahsuaian dilakukan, bahagian kanan dan kiri rumah ini digabungkan bersama.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.