Sejarah Dan Asal Usul Nama Rungkup, Perak

Uniknya daerah baru negeri Perak iaitu Bagan Datuk yang kebanyakan nama-nama kampung di sana bermula dengan perkataan Sungai, Parit dan Tebuk sebagai contoh seperti Sungai Lanchang, Sungai Nipah, Parit 8 Timur, Parit Haji Ali, Tebuk Che Maja, Tebuk Che Agus. Semua ni adalah antara nama-nama yang terdapat di dalam kawasan Dun Rungkup.

Diceritakan oleh orang lama penduduk tempatan, nama Rungkup ini sebenarnya telah diinspirasikan daripada keadaan pokok-pokok yang terdapat di sepanjang sungai di kawasan berkenaan.

Pemandangan dan lanskap pokok-pokok ini dianggap unik kerana kedudukan dahan dan daunnya yang merungkup iaitu menutupi kawasan tanah dan meredupkan kawasan atau atau pohon-pohon yang seolah-olah bercantum.

Mengikut penceritaan turun temurun dari penduduk tempatan, kawasan Rungkup mula diteroka oleh dua orang pengembara dari Negeri Selangor yang bernama Anjang Kamar Basri dan sahabatnya yang bernama Panglima Hitam.

Mereka berdua dikatakan mendayung sampan menyusuri persisiran pantai Laut Selat Melaka sehingga tiba di sebuah kuala. Sewaktu ingin berlabuh, mereka mendapati bahawa kuala tersebut dikelilingi dengan hutan paya bakau yang mana kebanyakan daun di antara pokok-pokok itu bertemu antara satu sama lain (merungkup).

Sejarah Dan Asal Usul Nama Rungkup, Perak

Rungkup yang telah diterokai sejak awal abad ke 19 dahulu amat dikenali sebagai coconut paradise iaitu syurga kelapa. Kawasan tersebut cukup terkenal dengan kualiti hasil kelapa yang terbaik dan pernah menjadi hasil komoditi utama bagi pihak penjajah.

Sejarah Dan Asal Usul Nama Rungkup, Perak

Penjajah yang dimaksudkan adalah seperti British sebelum dikuasai oleh Jepun sehinggakan kawasan kuala sungai Rungkup pernah dijadikan sebagai pelabuhan kecil di mana para pedagang kelapa menjalankan aktiviti jual beli kelapa kering.

Sejarah Dan Asal Usul Nama Rungkup, Perak

Kini, kawasan Rungkup telah terbahagi kepada 4 pecahan kawasan kampung iaitu Simpang Empat Rungkup, Rungkup Kechil, Sungai Burung dan Sungai Lanchang.

Tradisi yang takkan terpadam, kawasan Rungkup kekal menjadi antara pembekal utama produk berasaskan kelapa seperti santan, kraftangan tempurung kelapa, sabut dan sebagainya ke seluruh pelusuk negara.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here