23.9 C
Ipoh
Tuesday, 10 December 2024

Panca Persada Penting Untuk Pertabalan Sultan Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Panca Persada adalah merupakan bangunan indah empat persegi tirus meninggi ke atas. Kebiasaannya ia dibina bertingkat dan bertangga-tangga akhirnya di atas sekali adalah merupakan persada dimana akan diletakkan dua buah kerusi khas untuk istiadat bersiram diraja yang dikelilingi oleh pembawa-pembawa alat kebesaran diraja.

Bangunan yang dikenali sebagai Panca Persada ini kebiasaannya dibuat untuk tujuan istiadat bersiram raja dan permaisurinya sebelum ditabalkan menjadi raja dalam siri perayaan istiadat tabal raja ataupun kerana bersiram dua pengantin diraja sebagai mengakhiri kerja perkahwinan.

Panca Persada Negeri Perak

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Panca Persada adalah antara yang paling penting dari dua elemen binaan untuk menyempurnakan istiadat pertabalan Sultan Perak. Keunikan perjalanan adat resam kesultanan melayu untuk pertabalan Sultan Perak dilakukan dengan teliti kerana ianya penuh bersejarah.

Salah satu elemen dalam susunan upacara sewaktu Istiadat Tabal Pusaka adalah istiadat bersiram tabal. Di Panca Persada lah lokasi yang bakal dijadikan tempat berlangsungnya istiadat bersiram tabal sepertimana yang dikatakan pada awal artikel tadi.

Panca Persada Negeri Perak

Panca Persada negeri Perak yang berkonsepkan piramid seperti binaan Borobudur ini dibina untuk pertabalan Sultan Negeri Perak dengan setiap tingkat diwarnakan dengan warna bendera negeri Perak iaitu warna putih, warna kuning dan juga warna hitam.

Borobudur

Borobudur

Apa yang menariknya tentang Panca Persada negeri Perak ini adalah pembinaannya perlu dipastikan kedudukan dan rientasinya menjurus ke arah kiblat. Istiadat memasak tiang seri Panca Persada pula adalah merupakan adat yang dijalankan sebelum tiang utama Panca Persada daripada kayu khas bernama Sungkai dipasakkan.

Panca Persada Negeri Perak

Tidak seperti hari ini yang mana Panca Persada dibina diperkarangan Istana Iskandariah, pada zaman dahulu dikatakan bahawa Panca Persada ini akan dibina di tengah-tengah Sungai Perak. Panca Persada dibina berbentuk segi empat dengan setinggi sembilan hingga sebelas tingkas dan dikelilingi tangga.

Panca Persada Negeri Perak

Di kemuncak Panca Persada sudah pasti akan diletakkan tempat bersemayam sultan dan permaisuri negeri Perak yang berbumbung manakala siling serta tiang dibalut kain kuning dengan sekeliling tingkat digantung daun budi manakala tingkat kemuncak diulas dengan kain berwarna keemasan.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here