23.9 C
Ipoh
Tuesday, 10 December 2024

KPTM Ipoh, Kolej Poly-Tech MARA Ipoh

- Advertisement -
- Advertisement -

KPTM Ipoh induknya Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) yang pada asalnya dikenali dengan nama Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM). Ia telah telah diasaskan sebagai sebuah institut pengajian tinggi swasta di bawah Akta Institut Pengajian Tinggi Swasta Tahun 1996 (Akta 555) dalam bulan September 2003.

Pengenalan

KPTM di Malaysia telah diuruskan oleh Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah anak syarikat milik penuh Majlis Amanah Rakyat (MARA). KPTM menawarkan pelbagai peluang pendidikan dalam bidang-bidang seperti Teknologi Maklumat, Sains Komputer, Sains Kesihatan, Sains Sosial, Perakaunan, Pengurusan Perniagaan, Kejuruteraan, Kemanusiaan dan Bio-Industri.

Sejarah KPTM

Bermula dalam bulan Januari 1983, sebuah Pusat Sumber Pembelajaran telah ditubuhkan di Kota Bharu, Kelantan dan dalam bulan Jun 1983, Maktab Sains MARA (dahulunya dikenali sebagai Kolej Komuniti MARA) telah ditubuhkan di Kuantan, Pahang dengan menawarkan sebuah program berkembar yang dikenali sebagai Ijazah Bersekutu Amerika (American Associate Degree, AAD). Program ini telah diterima dengan baik oleh lebih daripada 75 universiti di Amerika Syarikat dan New Zealand sebagai program ijazah pemindahan 2+2.

Pencapaian yang luar biasa ini kemudian telah membawa kepada penubuhan KPTM Kuala Lumpur (1987), KPTM Bangi (1988) dan KPTM Kota Bharu (1994). Beberapa pakatan strategik antarabangsa telah dibentuk bersama Konsortium Utara United Kingdom (1988), Konsortium Pengajian Tinggi Australia di Malaysia (1994) dan Konsortium Pengajian Tinggi British di Malaysia (1994) yang membolehkan pelajar untuk melanjutkan pelajaran mereka di beberapa universiti ternama UK dan Australia.

KPTM Ipoh, Kolej Poly-Tech MARA Ipoh

KPTM Ipoh, Perak

Di Malaysia, kini terdapat sebanyak 9 buah kampus Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) yang terletak di seluruh negara. Antaranya adalah KPTM Bangi di negeri Selangor, KPTM Kuantan di negeri Pahang, KPTM Kota Bharu di negeri Kelantan, KPTM Semporna di negeri Sabah, KPTM Batu Pahat di negeri Johor, KPTM Alor Setar di negeri Kedah, KPTM Kesedar di negeri Kelantan, KPTM Kuala Lumpur dan juga KPTM Ipoh di Perak.

Negeri Perak juga tidak ketinggalan untuk menerima khidmat daripada Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) yang mana di bandaraya Ipoh khususnya, bangunan KPTM terletak di Wisma SSI dan ianya adalah sebuah lokasi yang cukup strategik di kawasan tumpuan bandar Ipoh.

Sejarah Pendidikan KPTM Ipoh

Sejarah pendidikan KPTM Ipoh ini asalnya bermula dengan penubuhannya sebagai Institut Perdagangan MARA (IPM) dalam tahun 1996. Kursus yang dijalankan pada masa itu merangkumi kursus jangka pendek seperti komputer, bahasa, pengurusan dan pendidikan sekolah serta satu kursus jangka panjang iaitu Diploma NCC yang dijalankan secara usahasama dengan United Kingdom.

KPTM Ipoh, Kolej Poly-Tech MARA Ipoh

Dalam tahun 1999, perubahan pengurusan telah membuatkan IPM bertukar nama menjadi Akademi Infotech MARA (AIM) dan selain meneruskan kursus jangka pendek sediada, AIM juga turut menawarkan kursus jangka panjang sepenuh masa Diploma Multimedia Interaktif usahasama dengan University of Edith Cowan, Australia.

Pada tarikh 1 Januari 2004, Akademi Infotech MARA (AIM) telah diserapkan di bawah pengurusan KPTM Sdn. Bhd dan bertukar nama menjadi Kolej Poly-Tech MARA Ipoh, Perak (KPTM Ipoh). Dengan berbekalkan pengalaman menjalankan kursus usahasama dengan universiti luar negara, kali ini KPTM IPOH mula menawarkan kursus dalaman iaitu Diploma in Multimedia.

Kursus pengajian ini telah mendapat pengiktirafan MQA pada tahun 2006 dan ini membuktikan usaha berterusan kolej bagi memastikan pendidikan yang berkualiti terus ditawarkan kepada pelajar. Perubahan status sebagai IPTS yang berdaya saing telah mendorong KPTM IPOH untuk terus berusaha gigih mempertingkatkan kualiti pendidikannya dari masa ke masa.

Permohonan Masuk ke KPTM Ipoh

Untuk masuk menjadi seorang pelajar di KPTM Ipoh, anda wajib punyai sijil keputusan SPM atau STPM atau Diploma atau mana-mana sijil kelayakan yang akan digunakan untuk memohon bergantung kepada bidang yang ingin diambil, anda boleh gunakan sistem permohonan ke Kolej Poly-Tech MARA (KPTM).

Hari ini, kita perlu berbangga dengan pencapaian KPTM dengan sejarah dan asas penubuhan yang kukuh yang telah membawa pertumbuhan berterusan pendidikan di masa hadapan. Ini adalah pendekatan terbaik dalam pendidikan dan latihan bagi menjamin para pelajar memperoleh kerjaya yang baik serta menjadi satu pelaburan masa hadapan bagi mereka.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here