Kuala Kangsar Bandar Diraja Di Perak

Kuala Kangsar adalah merupakan sebuah Bandar Diraja dan ia juga adalah merupakan salah sebuah bandar yang penuh dengan pelbagai cerita sejarah. Bandar Diraja ini tidak terkecuali untuk menjadi tumpuan buat para pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia cukup kaya dengan pelbagai produk tempatan yang unik dan menarik.

Bandar Diraja ini juga tersenarai dalam senarai daerah di Perak. Daerah ini ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Pusat pertumbuhan utama daerah ialah Bandar Kuala Kangsar, Sungai Siput (U), Padang Rengas, Pekan Manong, Pekan Sauk, Karai, Pekan Salak, Lintang dan Lasah.

Jangan anda tidak tahu bahawa kawasan Sungai Siput (U) adalah merupakan bandar yang punyai pusat pertumbuhan kedua yang paling tinggi selepas Bandar Kuala Kangsar diantara kawasan lain yang ada di dalam daerah Kuala Kangsar itu sendiri.

Kuala Kangsar Bandar Diraja Di Perak

Kuala Kangsar Bandar Diraja Di Perak

Asal usul nama Kuala Kangsar ini diambil daripada kiraan kuala yang ada di sepanjang sungai Perak sewaktu kawasan itu mula diteroka. Dikatakan sekumpulan peneroka datang melalui sungai Perak untuk mencari tebing yang baik untuk mendarat.

Kisahnya mereka mendayung mencari kawasan untuk dijadikan penempatan dengan sampan melalui sungai Perak sehingga sampai ke suatu anak sungai di tebing kiri Sungai Perak. Dalam kiraan mereka, kuala sungai ini adalah yang ke seratus kurang satu atau nama lainnya dalam bahasa melayu nama Kuala Kurang Sa.

Kononnya begitulah Kuala Kangsar mendapat namanya yang mana nama asalnya Kuala Kurang Sa dan kemudian bertukar disebut sebagai Kuala Kangsar selepas mengikuti arus peredaran zaman. Ada juga dakwaan penduduk tempatan yang menyatakan bahawa nama Kuala Kangsar ini diambil sempena nama pokok kangsar yang banyak tumbuh di tebing-tebing sungai.

Kuala Kangsar Bandar Diraja Di Perak

Kuala Kangsar punyai keluasan seluas 204.94 km persegi bersamaan dengan 79.13 batu persegi dan pada hari ini, terdapat sebanyak 10 buah mukim yang ada i dalam daerah Kuala Kangsar. Ianya adalah seperti yang tertera di bawah:

  • Mukim Chegar Galah
  • Mukim Kota Lama Kiri
  • Mukim Lubok Meghobo
  • Mukim Kampung Buaia
  • Mukim Senggang
  • Mukim Sayong
  • Mukim Kota Lama Kanan
  • Mukim Kota Lama Kiri
  • Mukim Sungai Siput
  • Mukim Pulau Kemiri

Kuala Kangsar Bandar Diraja Di Perak

Selain daripada bandar Ipoh, Pulau Pangkor, Pasir Salak dan lain-lain kawasan yang ada di dalam negeri Perak, kawasan daerah ini juga sering menjadi tumpuan para pelancong untuk bercuti. Antara kawasan pilihan para pelancong untuk datang bertandang adalah seperti yang tertera di bawah.

  • Istana Iskandariah, Bukit Chandan
  • Masjid Diraja Ubudiah, Bukit Chandan
  • Galeri Sultan Azlan Shah, Bukit Chandan
  • Istana Kenangan, Bukit Chandan
  • Resort Sungai Perak, Kuala Kangsar
  • Sayong Resort, Sayong
  • Pusat Rekreasi Jabatan Pengairan & Saliran
  • Taman Rekreasi Raja Intan Suraya
  • Kelab Polo Sultan Iskandar
  • Kelab Golf Diraja Kuala Kangsar
  • Bot penambang juga boleh dinaiki bagi menyusuri tebing Sungai Perak dan Pesisiran Sayong

Jika anda datang bertandang ke dalam daerah ini, produk-produk industri kraf tangan yang asli daripada masyarakat tempatan pasti akan memukau pandangan anda. Antaranya adalah seperti labu sayong, tekat benang emas, seni bakul rotan dan macam-macam lagi yang ada di sini.

Daerah ini juga cukup kaya dengan pelbagai makanan tempatan serta tradisional yang sedap belaka. Jika anda merupakan penggemar laksa, anda telah datang ke daerah yang betul. Rata-rata para pelancong yang datang memuji kesedapan laksa yang ada di Kuala Kangsar.

Kuala Kangsar Bandar Diraja Di Perak

Tidak ketinggalan dengan cendol lemak manis yang sejuk dan boleh dimakan santai bersama-sama dengan keluarga atau insan yang tersayang sambil melihat keindahan laman di sekitar landskap kawasan daerah ini. Ianya sudah pasti akan menjadi satu pengalaman yang tidak akan anda lupakan.

Anda boleh terus buat carian berkenaan dengan daerah yang kaya dengan pelbagai cerita sejarah dalam laman orang perak ini. Selain itu, anda juga boleh buat carian berkenaan dengan lokasi-lokasi menarik yang ada di sini. Kami pasti anda tidak akan menyesal datang bercuti di bandar Diraja yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat di negeri Perak ini.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Amaran:
Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Please enter your comment!
Please enter your name here