● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:57
Syuruk
07:02
Zohor
13:10
Asar
16:19
Maghrib
19:11
Isyak
20:20
Berita

Sekolah Perak Memenangi Hadiah Utama Festival Seni Di Barcelona

06 Nov 2017 · 1 min baca · 55 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah atau nama ringkasnya SMK Muhibbah adalah merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang menjadi mercu tanda bagi Kampong Baru Simpang Jalong Sungai Siput (U) sejak ianya dibuka pada tanggal 2 Januari 2001 lagi.

Sejak sesi persekolahan sejak tahun 2016 yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Muhibbah telah menerima pelajar sulung Tingkatan 1 untuk Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMPK) dengan seramai 51 orang murid yang mengikuti kelas di dalam 4 bidang seni.

Sekolah Perak Memenangi Hadiah Utama Festival Seni Di Barcelona

Kelas dalam 4 bidang seni tersebut adalah seperti Seni Muzik, Seni Visual, Seni Tari dan Seni Teater. Seterusnya dahulu ada dijangka pada tahun 2020, secara rasminya SMK Muhibbah akan bertukar menjadi Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMPk) bagi Zon Utara.

Sekolah Perak Memenangi Hadiah Utama Festival Seni Di Barcelona

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMP) telah memenangi hadiah utama dalam Festival Antarabangsa Seni di Barcelona, Sepanyol pada 1 November 2017 yang lalu. Apa yang membanggakan kita adalah ia merupakan kemenangan pertama untuk sekolah seni Malaysia di acara antarabangsa.

Sekolah Perak Memenangi Hadiah Utama Festival Seni Di Barcelona

Dengan persembahan Mek Mulung dan tarian Jikey serta disokong dengan irama melayu dari instrumen tradisional Malaysia oleh Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMP) telah mendapat penghormatan tertinggi dalam pertandingan tersebut yang mana ianya menekankan genre asli.

Sekolah Perak Memenangi Hadiah Utama Festival Seni Di Barcelona

Persembahan tersebut dibuat oleh lima orang pelajar Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMP). Apa yang menariknya, mereka adalah hanya berusia 14 tahun dan telah bersaing dengan 26 pasukan yang datang dari berlainan negara. Semangat mereka dalam memperjuangkan dan memelihara serta mengangkat budaya kita di mata dunia wajar diberi pujian.

Jutaan tahniah diucapkan kepada pelajar tingkatan 2 seni teater iaitu Farisha Aqilahhuda, Nor Alia Qistina, Destina Nashirma, Mohd Afzan dan Mohd Nurzekwan Nabil. Usaha anda semua dalam mempersembahkan budaya bangsa kita telah berjaya menarik hati juri dan perjuangan anda amat berbaloi.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.