Home Blog Sejarah Sultan Yang Paling Lama Memerintah Negeri Perak

Sultan Yang Paling Lama Memerintah Negeri Perak

0
Sultan Yang Paling Lama Memerintah Negeri Perak

Tempoh hari ada diterbitkan artikel berkenaan dengan Sultan Perak Yang Paling Singkat Pemerintahannya iaitu dalam masa 10 bulan sahaja. Kali ini, orangperak.com ingin memperkenalkan kepada anda semua tentang sultan yang paling lama memerintah negeri Perak pula.

Sepertimana anda semua pembaca setia orangperak.com sudah sedia maklum, jika Sultan Yusuf (Sultan Perak ke 27) adalah Sultan Perak yang paling singkat pemerintahannya, Sultan Mahmud (Sultan Perak ke 11) pula adalah sultan yang paling lama memerintah negeri Perak Darul Ridzuan.

Sultan Mahmud Iskandar Shah ibni Sultan Muzaffar Shah mula memerintah negeri Perak pada tahun 1653 selepas ayahandanya iaitu Almarhum Sultan Mudzaffar Shah II (Sultan Perak ke 10) mangkat. Sejak dari peristiwa itu, baginda ditabalkan menjadi sultan Perak.

Putera sulung kepada Almarhum Sultan Mudzaffar Shah II ini memerintah negeri Perak yang tercinta sehingga mangkat pada usia kira-kira 120 tahun pada tahun 1720. Jadi, Sultan Mahmud Iskandar Shah telah memerintah negeri Perak selama 67 tahun sepanjang hayatnya sejak ditabal ketika umur 53 tahun.

Sultan Yang Paling Lama Memerintah Negeri Perak

Oleh kerana Sultan Mahmud Iskandar Shah tidak mempunyai putera, takhta baginda diwarisi oleh anak saudaranya iaitu Raja Radin ibni Yang di-Pertuan Muda Mansur Shah. Sultan Alauddin Mughayat Shah ibni Yang di-Pertuan Muda Mansur Shah ialah Sultan Perak ke 12 yang telah memerintah mulai 1720 sehingga 1728.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here