Rugi RM300 Jika Pandu Laju Di Jalan Ipoh Ke Manjung

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Niat polis trafik disalah erti oleh sesetengah pihak. Apa yang pasti, tujuan utama adalah hendak mendidik pesalah tegar yang masih melanggar undang-undang jalan raya. Ianya adalah seperti kiraan matematik yang amat mudah, jika memandu perlahan dan ikut undang-undang yang ditetapkan, maka tiadalah saman yang akan diterima. Adakah itu masih lagi tidak relevan dengan caj saman yang tinggi kerana pesalah melanggar undang-undang jalan raya?

    Berbalik kepada jalan Ipoh ke Manjung yang menjadi jalan utama untuk ramai orang bergerak antara 2 bandar ini. Jika di ikutkan cara pemanduan pemandu disini agak boleh tahan lajunya. Kadar kemalangan jalan raya di jalan tersebut juga meningkat dan jumlah korban semakin membimbangkan. Rata-rata ramai yang menjadi mangsa nahas jalan raya di kawasan perak tengah berdekatan UTP dan UiTM di Seri Iskandar. Boleh dikatakan hampir setiap bulan akan kedengaran kes-kes kemalangan yang membawa maut di lokasi yang sama atau berdekatan.

    Faktor memandu laju menjadi penyumbang kepada jumlah nombor kemalangan jalan-raya ini walaupun penguatkuasaan undang-undang telah diperkuatkan dari masa ke masa. Memandu laju juga boleh membawa bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain. Janganlah disebabkan oleh anda, orang lain yang menjadi mangsa. Kadar kompaun dengan saman yang tinggi tidak memberi kesan terhadap mereka yang gemar memandu laju dan melanggar undang-undang jalan raya ini.

    peta polis trafik jalan ipoh manjung

    Anggota polis trafik gemar menyorok di tepi-tepi jalan dan semak atau hanya menunggu di perhentian bas dengan berpakaian biasa sambil memerhatikan kamera perangkap kelajuannya yang memerhati jalan raya utama tersebut. Antara spot yang digemari oleh anggota polis di jalan raya utama dari Ipoh ke Manjung ini adalah :

    • Tepi jalan berdekatan Menglembu
    • Tepi Longkang kawasan Tronoh
    • Dalam ladang sawit menuruni Bukit Nasaruddin berdekatan Bota
    • Dalam ladang sawit berdekatan Ayer Tawar
    • Di antara jalan di sekolah memandu Ayer Tawar
    • Dan lain-lain lokasi..

    Menurut penduduk setempat di Bota, pernah juga orang muda penduduk setempat disini meletakkan bangkai binatang, berak dan sebagainya di lokasi polis trafik yang menyorok ini namun ia hanya bertahan selama 1 ke 2 bulan sahaja. Kemudian pihak polis trafik akan kembali menyorok disitu. Dengan kos hidup yang tinggi sekarang ini, adalah lebih baik anda hargai wang dan nyawa anda serta orang di sekeliling anda. Pandulah perlahan bukan sahaja di jalan utama Ipoh Manjung, tetapi di seluruh Malaysia. Ini sahaja cara untuk kurangkan kadar kemalangan dan bukannya berak atau membuang bangkai binatang di kawasan polis trafik menyorok.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.