Dato Setia Bijaya Diraja Jeragan Abdul Shukor, Penjaga Regalia Diraja

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Abdul Shukor Bin Mohamed Ali dilahirkan pada 1865 semasa pemerintahan Sultan Mohamed Ali Al-Mukamal Inayat Shah, Sultan Perak Yang Ke 24. Nama Bonda beliau ialah Che Teh Miti yang berasal dari Bota Kiri, Perak.

    Tokoh hebat ini dibesarkan di dalam istana dan berdamping rapat dengan kerabat Diraja bermula dari Almarhum Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah, Sultan Perak yang ke 27 yang dikatakan amat menyayangi beliau.

    Beliau berkhidmat di bawah Almarhum Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak yang ke 28 yang mana beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Baginda.

    Dato Setia Bijaya Diraja Jeragan Abdul Shukor, Penjaga Regalia Diraja

    Gelaran Dato Setia Bijaya DiRaja (Comptroller of the Royal Household) atau sekarang lebih dikenali sebagai Orang Kaya Kaya Setia Bijaya DiRaja, pada asalnya dikenali dengan gelaran Seri Agar DiRaja, jawatan yang disandang oleh Dato Sagor sebelum dimansuhkan.

    Orang Kaya-Kaya Setia Bijaya, meskipun merupakan Orang Besar Delapan, namun tidak diberikan kawasan jagaan seperti yang diperoleh Dato Sagor. Jeragan Abdul Shukor merupakan pembesar pertama yang menjawat jawatan ini atas kurniaan Almarhum Sultan Idris I pada 1899.

    Dato Setia Bijaya Diraja Jeragan Abdul Shukor, Penjaga Regalia Diraja

    Dato’ Setia Jeragan Abdul Shukor sebagai penjaga Istana-Istana Negeri Perak. Antara alat-alat kebesaran negeri Perak yang pernah dijaga oleh Dato’ Setia Jeragan Abdul Shukor adalah seperti :

    • Algrette Diraja
    • Taniak Diraja
    • Keris Seri Gading
    • Pontoh Ular Lidi

    Pangkat Dan Gelaran Yang Disandang :

    • 1883 – 1891: Toh Raja Dibongsu Bentara Istana Diraja
    • 1899 : Jeragan
    • 1899 : Dato’ Setia Bijaya Diraja

    Dato Setia Bijaya Diraja Jeragan Abdul Shukor, Penjaga Regalia Diraja

    Sepanjangan riwayat hidupnya, Dato’ Setia Jeragan Abdul Shukor sempat berkhidmat setia kepada 4 sultan yang memerintah negeri Perak. Berikut adalah senarai Sultan Perak yang pernah menerima perkhidmatan beliau :

    • Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah, Sultan Perak yang ke 27 (1876-1887)
    • Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak yang ke 28 (1887-1916)
    • Sultan Abdul Jalil Nasruddin al-Mukhataram Shah, Sultan Perak yang 29 (1916-1918)
    • Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak yang ke 30 (1918-1938)

    Dato Setia Bijaya Diraja Jeragan Abdul Shukor, Penjaga Regalia Diraja

    Beliau meninggal dunia dalam tahun 1924 dan jenazah beliau telah disemadikan berhampiran makam diRaja Al-Ghufran Bukit Chandan Kuala Kangsar. Bersebelahan makam arwah adalah isterinya yang bernama Che Teh Doyah yang meninggal dunia dalam tahun 1928.

    Penyandang Pangkat Y.B,O.K.K Dato Setia Bijaya DiRaja :

    • Dato’ Setia Jeragan Abdul Shukor (1899-1924)
    • Dato’ Setia Mohd Noordin (1924-1939)
    • Dato’ Setia Mohd Hashim (1939-1973)
    • Dato’ Setia Abdul Wahab (1974-1989)
    • Dato’ Setia Haji Mohd Ghazali (1989-kini)

    Rujukan:

    • Sembang Kuala
    • Teman Orang Parit: Almarhum Jeragan Abdul Shukor
    • Wilkinson RJ. History: Chiefs Of Perak. In Papers on Malay Subjects, Part I-V. Kuala Lumpur: FMS Government Press; 1908. p81-82.
    Iskandar Zulqarnain
    Iskandar Zulqarnain
    Persona non grata. Jejaka kacak dari Telok Anson, Perak.