Sejarah Balai Gambang Di Perak

Tahukah anda semua pembaca setia orangperak.com tentang Balai Gambang? Untuk makluman anda, Balai Gambang adalah sejenis kenderaan iaitu bot khas yang digunakan di atas Sungai Perak bagi tujuan untuk kegunaan semasa Pertabalan Sultan Perak. Bot yang dibina khas ini akan membawa baginda Sultan Perak yang baru ditabalkan untuk menziarahi makam-makam Sultan Perak menghilir ke Teluk Intan melalui Sungai Perak yang bermula dari kawasan litar Datuk Sagor yang terletak di Kampung Gajah.

Sejarah Balai Gambang Di Perak

Makam yang akan diziarah oleh Sultan yang ditabalkan di sepanjang Sungai Perak ialah Makam Almarhum Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Perak ke 16 di Kampung Pasir Pulai, Almarhum Sultan Abdul Malik Mansur Shah iaitu Sultan Perak ke 19 di Kampung Bandar Baru, Almarhum Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda iaitu Sultan Perak ke 17 di Kampung Teluk Memali, Almarhum Sultan Shahabuddin Riayat Shah iaitu Sultan Perak ke 21 di Tanjung Penangguh dan Sultan Iskandar Dzulkarnain iaitu Sultan Perak ke 15 di Pulau Indera Sakti, Pasir Panjang Ulu.

Sejarah Balai Gambang Di Perak

Istiadat kesultanan negeri Perak yang menggunakan bot khas ini umpama kenderaan menuju ke kayangan. Balai Gambang untuk pertabalan Sultan Nazrin dinamakan sebagai Cempaka Sari dan seterusnya menjadi simbolik kepada kesultanan Perak. Cempaka Sari ini dibina khas bagi Istiadat Pertabalan Sultan Perak ke 35 oleh 35 kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak serta 13 tenaga pakar dan pelajar Institut Teknologi Kejuruteraan Marin, Universiti Kuala Lumpur Malaysia (UniKL MIMET) Lumut.

Sejarah Balai Gambang Di Perak

Balai Gambang untuk pertabalan Sultan Nazrin bernama Cempaka Sari, berukuran 12.2 meter panjang dan 6.1 meter lebar. Beratnya mencecah 4.5 tan serta mampu untuk membawa 10 hingga 15 orang penumpang dalam satu-satu masa. Balai Gambang moden ini digerakkan oleh tiga buah enjin sangkut yang masing-masingnya berkuasa kuda 150cc. Inilah sedikit sebanyak maklumat tentang Balai Gambang untuk pertabalan Sultan Nazrin sewaktu diangkat menjadi Sultan Perak yang ke 35.

Sejarah Balai Gambang Di Perak

Untuk makluman anda semua pembaca setia orangperak.com, asal usul Balai Gambang ini sebenarnya telah diperkenal oleh Sultan Iskandar Zulkarnain yang merupakan Sultan Perak ke 15. Hal ini kerana baginda dikatakan memerlukan bot yang besar untuk berpindah tempat semayam dari ke Pulau Indera Sakti yang terletak di Kampung Gajah pada tahun 1754.

Sejarah Balai Gambang Di Perak

Walaupun Balai Gambang mula wujud dalam sejarah Perak pada tahun 1754, namun ia mula diguna sebagai alat kelengkapan khusus untuk istiadat pertabalan iaitu semasa pertabalan Sultan Perak ke 16 iaitu Sultan Mahmud Shah atau Marhum Muda pada tahun 1770. Sejak dari hari ia mula diperkenal untuk kegunaan pertabalan sehinggalah ke tahun 1948 semasa pertabalan Sultan Yussuf Izzuddin Shah sempena Sultan Perak ke 32, Balai Gambang ini pada asalnya diperbuat daripada buluh kuning atau buluh gading.

Sejarah Balai Gambang Di Perak

Sewaktu pertabalan Sultan Idris Shah II pada tahun 1963 sebagai Sultan Perak ke 33 pula, kayu dan besi pula diguna bagi menggantikan buluh sekali gus menjadikan Balai Gambang sebuah binaan yang lebih teguh dan kemas mengikuti arus kemodenan. Penggantian kegunaan buluh kuning atau buluh gading dengan kayu serta besi ini diteruskan sehingga ke pertabalan yang terbaru sewaktu Sultan Nazrin naik takhta sebagai Sultan Perak ke 35.

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangperak.com

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here