25 C
Ipoh
Saturday, 5 October 2024

Kenali Dato Panglima Kinta Mohammed Yusof

- Advertisement -
- Advertisement -

Dalam tahun 1903 Dato Panglima Kinta Mohammed Yusof seorang pelombong bijih timah Melayu yang sangat kaya di Negeri Perak. Jangan anda tidak tahu bahawa bangunan mahkamah di Ipoh sekarang ini adalah sebenarnya adalah rumahnya sebelum beliau meninggal dunia dan telah dibeli oleh Kerajaan British.

Sepertimana kita sudah sedia maklum sebelum ini, gelaran Dato Panglima Kinta ini sebenarnya berasal sejak sewaktu pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah II lagi selaku sultan Perak ke 10 pada tahun 1636.

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Dato Panglima Kinta Mohammed Yusof dipilih dan diangkat menjadi Dato Panglima Kinta yang ke 10 setelah Dato Panglima Kinta yang ke sembilan iaitu Dato Panglima Kinta Zainal Abidin (Uda Bidin) meninggal dunia pada tahun 1884. Dato Panglima Kinta Mohammed Yusof ini adalah sepupu kepada Dato Panglima Kinta Zainal Abidin.

Sebagai pembesar berlapan di negeri Perak, Dato’ Panglima Kinta memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Perak dan hieraki sosio-politik masyarakat Melayu. Namun kehadiran kuasa British di Perak khususnya di Kinta pada tahun 1878 telah mengurangkan sedikit kuasa sosio-politik pembesar ini di daerah yang kaya dengan bijih timah ini.

Kenali Dato Panglima Kinta Mohammed Yusof

Salah satu Masjid yang tertua di Ipoh adalah Masjid Datuk Panglima Kinta. Ianya telah dibina pada tahun 1898 oleh Datuk Panglima Kinta Mohamed Yusof bagi memperingati kematian isteri beliau pada tahun yang sama.

Masjid tersebut terletak di Jalan Masjid iaitu di tepi Tebing Sungai Kinta dan berdekatan dengan Jambatan Sultan Iskandar dan juga dikenali sebagai nama “Masjid Tengah”. Masjid ini menggabungkan senibina Mogul dan Neoclassical.

Kenali Dato Panglima Kinta Mohammed Yusof

Masjid tersebut memiliki dua menara, anjung dan kubah batu di sebelah timur serta mempunyai bumbung berbentuk piramid. Di belakang masjid ini pula terdapat tanah perkuburan khusus untuk keluarga Datuk Panglima Kinta manakala di bahagian hadapan masjid pula dibina sebuah Madrasah Kamaliah iaitu sekolah Arab pertama di Ipoh.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here