OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
06:00:00
Syuruk
07:05:00
Zohor
13:15:00
Asar
16:16:00
Maghrib
19:18:00
Isyak
20:27:00
Sejarah

Kenali Dato Panglima Kinta Mohammed Yusof

19 Mar 2019 · 1 min baca · 3 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Jangan anda tidak tahu bahawa bangunan mahkamah di Ipoh sekarang ini adalah sebenarnya adalah rumah Dato Panglima Kinta Mohammed Yusof sebelum meninggal dunia dan telah dibeli oleh Kerajaan British.

Dalam tahun 1903 Dato Panglima Kinta Mohammed Yusof seorang pelombong bijih timah Melayu yang sangat kaya di Negeri Perak. Jangan anda tidak tahu bahawa bangunan mahkamah di Ipoh sekarang ini adalah sebenarnya adalah rumahnya sebelum beliau meninggal dunia dan telah dibeli oleh Kerajaan British.

Sepertimana kita sudah sedia maklum sebelum ini, gelaran Dato Panglima Kinta ini sebenarnya berasal sejak sewaktu pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah II lagi selaku sultan Perak ke 10 pada tahun 1636. Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Dato Panglima Kinta Mohammed Yusof dipilih dan diangkat menjadi Dato Panglima Kinta yang ke 10 setelah Dato Panglima Kinta yang ke sembilan iaitu Dato Panglima Kinta Zainal Abidin (Uda Bidin) meninggal dunia pada tahun 1884. Dato Panglima Kinta Mohammed Yusof ini adalah sepupu kepada Dato Panglima Kinta Zainal Abidin. Sebagai pembesar berlapan di negeri Perak, Dato' Panglima Kinta memainkan peranan penting dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Perak dan hieraki sosio-politik masyarakat Melayu. Namun kehadiran kuasa British di Perak khususnya di Kinta pada tahun 1878 telah mengurangkan sedikit kuasa sosio-politik pembesar ini di daerah yang kaya dengan bijih timah ini.

Kenali Dato Panglima Kinta Mohammed Yusof

Salah satu Masjid yang tertua di Ipoh adalah Masjid Datuk Panglima Kinta. Ianya telah dibina pada tahun 1898 oleh Datuk Panglima Kinta Mohamed Yusof bagi memperingati kematian isteri beliau pada tahun yang sama. Masjid tersebut terletak di Jalan Masjid iaitu di tepi Tebing Sungai Kinta dan berdekatan dengan Jambatan Sultan Iskandar dan juga dikenali sebagai nama "Masjid Tengah". Masjid ini menggabungkan senibina Mogul dan Neoclassical.

Kenali Dato Panglima Kinta Mohammed Yusof

Masjid tersebut memiliki dua menara, anjung dan kubah batu di sebelah timur serta mempunyai bumbung berbentuk piramid. Di belakang masjid ini pula terdapat tanah perkuburan khusus untuk keluarga Datuk Panglima Kinta manakala di bahagian hadapan masjid pula dibina sebuah Madrasah Kamaliah iaitu sekolah Arab pertama di Ipoh.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.