Bagaimana Mambang Di Awan Mendapat Nama?

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Mambang Di Awan adalah sebuah pekan kecil yang terletak tidak jauh dari bandar Kampar menuju ke arah Temoh atau Teluk Intan. Pekan Mambang Di Awam ini tidak berada dan tidak lelihatan dari luar jalan utama, melainkan pemandu kenderaan membelok ke masuk ke jalan dalam.

    Jika tidak, seseorang itu mungkin menganggap bahawa Mambang Di Awan hanyalah satu lokasi imaginasi yang sengaja dibesar besarkan kerana namanya yang unik.

    Pekan kecil Mambang Di Awan ini diwujudkan kerana aktiviti melombong bijih timah di negeri Perak pada satu ketika dahulu. Mambang Di Awan terletak di sebelah kiri bandar Kampar.

    Kini, pekan kecil ini diduduki oleh kebanyakan orang cina kerana ia merupakan sebuah kawasan bekas lombong bijih timah. Sebahagian bekas-bekas lombong ini telah ditebusguna atau dijadikan kawasan ternakan ikan air tawar.

    peta mambang di awan

    Dari segi asal usul kata dan perkataan menurut dewan bahasa dan pustaka Malaysia, dalam kamus bahasa melayu menunjukkan mambang membawa makna warna kuning kemerah-merahan di sebelah barat ketika matahari masuk (Kamus Pelajar Edisi Kedua).

    Orang tua-tua zaman dahulu menggunakan perkataan mambang ini pada waktu senja kerana langit kelihatan seperti hendak terbakar supaya anak-anak kecil segera pulang dan masuk ke rumah menjelang waktu solat Maghrib.

    Lutjanus sanguineus

    Makna kedua pula adalah mambang sejenis makhluk halus yang dipercayai dapat merosakkan manusia iaitu hantu. Mambang juga digunakan untuk gelaran sejenis ikan Lutjanus sanguineus atau lebih dikenali dengan ikan merah.

    Dalam istilah Malaysia dalam bidang kesusasteraan pula, mambang membawa makna seperti dalam cerita khayalan yang menampilkan watak yang tidak wujud di dunia nyata seperti pari-pari, dewa-dewi dan sebagainya.

    Makan tebu buku ditaruh,
    Buat ubat masuk cendawan,
    Bukit beradu gunung bertaruh,
    Riuh-rendah mambang di awan.
    – Kurik Kundi Merah Saga

    George Maxwell

    Mengikut seorang pegawai Inggeris, George Maxwell ada menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Di Awan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang, Melaka.

    Sebanarnya ia bermula dengan sekumpulan pelombong bijih timah yang telah penat bekerja keras sepanjang hari dan apabila mereka berehat, mereka ternampak bidadari di awan-awangan.

    Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa nama asalnya Batang Tonggang kemudian ditukarkan menjadi nama Mambang Di Awan dan seterusnya ditukar kepada nama sekarang Mambang Diawan.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.