Menurut catatan buku hasil penulisan dari Abdul Halim Nasir yang menjadi simpanan Muzium Negara, menyatakan bahawa sebelum Sultan Muzaffar Shah I merajai Negeri Perak pada tahun 1525, telah ada Orang-Orang besar yang memerintah dan berkuasa disetiap Daerah diseluruh Negeri Perak.
Salah satu Daerah itu adalah Dinding, iaitu sebuah Kerajaan Melayu yang sangat berkuasa didalam Negeri Perak sebelum itu yang disebut Kerajaan Melayu Beruas.
Pusat pemerintahannya di Kota Kulit Kerang (sekarang ini tempat itu bernama kampung Kota, iaitu kira-kira dua batu jauhnya dari Pekan Beruas).
Daerah diantaranya lagi disebut Kerajaan Manjung (Majung) dan pusat pemerintahannya pula di Kampung Segari yang ada sekarang. Apabila Kerajaan Manjung diserang dan dikalahkan oleh Kerajaan Melayu Beruas, maka Manjung telah dimasukkan didalam kuasa jagaan Kerajaaan Melayu Beruas.
Seorang Nakhoda yang berasal dari keturunan Manjung yang telah berhijrah ke Kelang dari Manjung pernah mengikut bersama-sama Raja Muzaffar Shah yang bakal menjadi Sultan Perak sebagai penunjuk arah. Nakhoda tersebut ialah Nakhoda Tumi.
Walaupun Manjung dibawah takluk Kerajaan Melayu beruas tidaklah bermakna Kerajaan yang kalah itu diubah pemerintahnya atau diletakkan orang besar yang dilantik oleh Kerajaan Melayu Beruas. Ia masih Pemerintah yang asal iaitu Raja Manjung yang berkuasa disitu tetapi dengan kuasa-kuasanya yang tertentu dan terbatas.
Jika Daerah Manjung, Dinding dan Beruas telah wujud menjadi sebuah Kerajaan-kerajaan didalam Negeri Perak sebelumnya, bagaimana pula dengan Daerah-daerah yang lain didalam Negeri Perak sebelumnya?
Tidak logik sama sekali jika pakar sejarah mahupun individu-individu yang lain mengatakan tiada pemerintahan didaerah-daerah yang lain, sedangkan Negeri Perak sebelumnya itu tersangat luas.
Di Daerah Selinsing hingga ke Larut perak dahulu ada seorang Penghulu yang memerintah yang bernama Toh Masuka dan beliau seorang wanita. Sebelum beliau meninggal, beliau telah berwasiat hendaklah dicari gantinya seorang Raja yang berasal dari keturunan Raja yang datang dari Bukit Si Guntang.
Di hulu Perak, tempat yang bernama Relap Reli didalam mukim Belum dan Janing (Ibu jajahan Hulu Perak mula-mula sebelum di pindahkan ke Grik), juga sebuah Kubu telah terbina diatas sebuah bukit pinggir tebing kiri mudik sungai perak atau lebih dikenali dengan nama Changkat Merah iaitu terletak ditengah-tengah hutan rimba didalam mukim kenering, di situ pula seorang yang telah diangkat menjadi pemerintah, iaitu Tun Saban.
Di suatu tempat yang bernama Temong dekat Kuala Kangsar juga ada seorang pemerintah yang dihantar oleh Tun Saban untuk memerintah.
Di sebelah Daerah Kinta pula, disitu pemerintah yang berkuasa di gelar Maharaja Kinta atau Maharaja Genta. Kuasanya sangat meluas dari kuala Sungai Kinta yang berkuala ke Sungai Perak hinggalah ke Banjaran Gunung Titi Wangsa.
Pengkalan pegoh, Kampung Kepayang Sungai Raia, Ampang Tambun, Ipoh dan Tg. Rambutan adalah salah satu pusat kegiatan melombong bijih timah yang begitu pesat yang telah diusahakan oleh salah satu pembesar Negeri Perak yang berketurunan Maharaja Kinta iaitu Tok Sedewa Raja Abdul Wahab. Dikatakan waris dari jalur keturunannya masih banyak terdapat di Buntong, Pengkalan, Simpang Pulai dan Tanjung Rambutan.
Inilah satu sistem pemerintahan yang terdapat di Negeri Perak sebelumnya dimana Orang-Orang Besar memerintah disatu-satu Daerah dengan berkuasa penuh diatas pemilikkan Daerahnya sendiri.
Setelah Sultan Muzaffar Shah telah diangkat menjadi Sultan Perak yang pertama, maka berakhir lah secara berperingkat-peringkat sistem pemerintahan Orang-Orang Besar yang pernah memerintah didalam daerah-daerah mereka sendiri.
Jangan disuruh burung berlari,Jika ia lebih suka terbang,
Jika punya semangat dalam mencari, Jangan peduli pada ragu atau bimbang.
Beras kisar mudik ke hulu, Tanak pulut santan durian,
Tak ada orang mengkaji dahulu, Banyak orang mengenal kemudian.
Bukit Jertih berhutan buluh, Tempat raja pergi memburu,
Minta selisih malaikat empat puluh, Tak tahu janganlah diberi malu.
Orang hilir memalu nobat, Nobat dipalu kayu berangan,
Usaha dahulu sebelum dapat, Jangan asyik kuat berangan.
-tokchangkatlanggor-
bagaimanakah pembesar perak sebelum kesultanan perak dipilih..