● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:55
Syuruk
07:00
Zohor
13:06
Asar
16:20
Maghrib
19:07
Isyak
20:16
Sejarah

Lapangan Terbang Pertama Tanah Melayu Ada Di Taiping, Perak

17 Apr 2019 · 2 min baca · 172 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Lapangan terbang Taiping terletak di Tekah dan ia juga dikenali dengan nama Tekah airport. Lapangan terbang Taiping dibina dalam tahun 1929 dan ia adalah merupakan sebuah lapangan terbang pertama yang secara rasminya ditubuhkan di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan berkemungkinan juga ia adalah lapangan terbang komersil pertama di Asia Tenggara.

Fungsi asas lapangan terbang Taiping adalah digunakan untuk sebuah lapangan terbang komersil untuk penggunaan pegawai British dan para-pedagang dari Eropah. Antara kegunaannya yang lain adalah ia digunakan sebagai landasan udara untuk Angkatan Tentera Udara Diraja Malaya. Antara laluan-laluan utama lapangan terbang Taiping yang khusus pada waktu itu adalah dengan menyediakan kemudahan perjalanan ke lokasi yang berjarak pendek seperti ke Alor Star, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Untuk makluman anda juga, laluan penerbangan Pulau Pinang ke Singapura juga akan menjadikan lapangan terbang Taiping sebagai lokasi hentian.

Lapangan Terbang Pertama Ada Di Taiping, Perak

Perkhidmatan penerbangan penumpang di Malaya pada zaman kegemilangannya itu telah dilancarkan oleh Wearne Air Services (WAS) dan ia adalah merupakan perkhidmatan penerbangan penumpang yang pertama. Ia juga berguna untuk penerbangan harian ke Taiping yang menghantar surat khabar harian. Di lapangan terbang Taiping juga pernah menjadi saksi yang melakar sejarah apabila Sukarno dan Mohammad Hatta mendarat di sana pada tarikh 12 Ogos 1945 untuk bertemu dengan Dr. Burhanuddin Helmi dan Ibrahim Yaacob untuk berbicara tentang kemungkinan dalam menyatukan Malaya dengan Indonesia (Melayu Raya) jika mencapai kemerdekaan.

Lapangan Terbang Pertama Ada Di Taiping, Perak

Sukarno dan Mohammad Hatta di Taiping

Selepas tamat pendudukan Jepun di Tanah Melayu, lapangan terbang Taiping hanya menawarkan penerbangan ke lapangan terbang lain di sekitar negeri Perak dan secara tidak langsung telah menjadikan lapangan terbang di Ipoh sebagai satu-satunya lapangan terbang di negeri Perak yang menyediakan perkhidmatan penumpang ke negeri-negeri yang lain. Hari ini, lapangan terbang Taiping ini tidak lagi digunakan untuk penerbangan komersil dan ianya telah pun mendapat pengiktirafan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan segala jasanya menjadi ingatan dan sejarah.

Lapangan Terbang Pertama Ada Di Taiping, Perak

Kapal terbang jenis Fokker

Sebagai maklumat tambahan, lapangan terbang Taiping ini hanya membenarkan kapal terbang jenis Fokker sahaja untuk mendarat di sana. Hal ini adalah disebabkan oleh landasan lapangan terbang yang pendek dan ia langsung tidak sesuai untuk jenis kapal terbang yang moden.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.