OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca
Menjelang --:--:--
Subuh
05:59
Syuruk
07:05
Zohor
13:14
Asar
16:17
Maghrib
19:17
Isyak
20:26
Sejarah

Sultan Mukaddam Shah (Sultan Perak ke 6)

04 Feb 2020 · 2 min baca · 13 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar
Baginda Sultan Perak ke 6 yang bernama Sultan Mukaddam Shah telah bersemayam di kawasan yang hari ini dikenali sebagai Bota Kanan.

Dalam tahun 1603 selepas mangkatnya Almarhum Sultan Alauddin Shah, Raja Tua yang merupakan putera kepada saudara perempuan Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin dan Almarhum Sultan Tajul Ariffin telah diangkat menjadi Sultan Perak yang ke 6.

Baginda Sultan Perak ke 6 yang bernama Sultan Mukaddam Shah telah bersemayam di kawasan yang hari ini dikenali sebagai Bota Kanan. Menurut cerita lisan yang didendangkan sejak turun-termurun oleh penduduk tempatan, seorang daripada puteri Sultan Mukaddam Shah ini amat cantik sekali paras rupanya. Puteri kepada baginda Sultan Perak itu bernama Puteri Limau Purut dan telah dipertunangkan dengan anak saudaranya iaitu Raja Mansur (adinda kepada Sultan Alauddin Shah - Sultan Perak ke 5).

Sultan Mukaddam Shah (Sultan Perak ke 6)

team Orang Perak bersama pelajar universiti ke makam Puteri Limau Purut

Oleh yang demikian, pinangan Raja Acheh yang datang untuk meminang Puteri Limau Purut telah ditolak oleh Sultan Mukaddam Shah. Hal tersebut telah buat Raja Acheh marah dan tidak berpuas hati. Maka datanglah seangkatan tentera Acheh untuk berperang dengan negeri Perak. Pada permulaan peperangan, Sultan Perak dan Permaisuri Perak telah ditawan oleh tentera Acheh. Begitu juga dengan Puteri Limau Purut yang turut ditawan bersama-sama dengan pengasuhnya Esah Gerbang dan pengiring oleh tentera Acheh. Semua yang ditawan telah dibawa ke Acheh.

Sultan Mukaddam Shah (Sultan Perak ke 6)

gambar lama makam Puteri Limau Purut

Ajal maut ditangan tuhan, Sultan Mukaddam Shah kemudian telah mangkat sewaktu berada di Acheh. Dalam pada masa itu, seorang orang besar negeri Perak bernama Megat Abdullah (Bendahara Garang) telah menjalankan operasi menyelamat tahanan. Berkat usaha dan keberanian Megat Abdullah, akhirnya Puteri Limau Purut telah berjaya dibawa pulang ke negeri Perak lalu dikahwinkan dengan tunangnya iaitu Raja Mansur Pada akhir zaman pemerintahan Almarhum Sultan Mukaddam Shah iaitu dalam tahun 1619, Iskandar Muda Mahkota Alam (Sultan Acheh) yang gagah perkasa pada waktu itu telah menghantar angkatan perangnya untuk menyerang dan menakluki semula negeri Perak dan lain-lain negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

Sultan Mukaddam Shah (Sultan Perak ke 6)

peta lama Acheh

Sehingga ke hari ini, masih tidak diketahui dan tidak dapat dikesan dimanakah lokasi sebenar makam Sultan Mukaddam Shah. Apa yang pasti, ia terletak di Acheh, di luar negeri Perak. Rujukan

  • Sejarah Perak, Buyung Adil, m/s 13 - 14

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.