25 C
Ipoh
Saturday, 5 October 2024

Konvoi Dan Ziarah Asnaf, Program Korporat Oleh MAIPk

- Advertisement -
- Advertisement -

Ramai diantara kita yang sedia maklum akan wujudnya Majlis Agama Islam & Adat Melayu Perak (MAIPk) sebagai sebuah badan yang menguruskan hal ehwal agama Islam di negeri Perak selain memartabatkan adat resam orang Melayu. Selain daripada itu, MAIPk juga merupakan badan yang bertanggungjawab untuk mengutip dan mengagihkan zakat kepada mereka yang memerlukan.

Dalam artikel kali ini orangperak.com ingin menyentuh mengenai program Ziarah Korporat 2017 yang akan dijalankan oleh pihak MAIPk pada awal bulan November akan datang sebagai gambaran antara cebisan program-program yang dilaksanakan oleh pihak MAIPk namun tidak terlalu ditonjolkan. Program Ziarah Korporat 2017 anjuran Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menjadi program tahunan sejak tahun 2014.

nama-fail

Program kali ini bakal direalisasikan pada 31 Oktober dan 1 November 2017 (2 hari 1 malam). Lokasi yang menjadi pilihan Ziarah Korporat kali ini ialah disekitar Zon Hulu Perak yang merangkumi daerah Kuala Kangsar, Lenggong dan Grik. Peserta dan para jemputan untuk program ini dianggarkan seramai 100 orang dengan melibatkan wakil daripada pelbagai agensi seperti syarikat korporat, GLC, NGO, para media, blogger dan tetamu khas.

nama-fail nama-fail

Anjuran program seperti ini sentiasa mendapat maklum balas yang positif dan amat ditunggu-tunggu oleh semua pihak. Ini kerana dengan adanya program yang berkonsepkan ‘konvoi & ziarah’ seperti ini, setiap peserta berpeluang untuk melihat sendiri secara lansung peranan yang dimainkan oleh MAIPk bagi membantu dan memperkasakan masyarakat melalui Dana Zakat. Peserta juga turut diberi pendedahan untuk merasai pengalaman tentang kepayahan dan keperitan hidup yang ditanggung oleh asnaf selama ini.

nama-fail

Ziarah Korporat juga merupakan platform yang terbaik untuk setiap agensi atau individu korporat mengzahirkan rasa keprihatinan mereka terhadap saudara seislam yang kurang bernasib baik dari mereka. Diharapkan agar program seperti ini dapat memberi impak yang positif dan dapat menarik lebih ramai agensi mahupun individu korporat untuk menunaikan zakat di Majlis Agama Islam Perak bagi membela para asnaf di negeri Perak ini.

- Advertisement -
Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Pengasas bersama orangperak.com dan Jejak Warisan Teluk Intan
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here