Pengasas Kumpulan Sunway Berasal Dari Pusing, Perak

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Pernah dengan dengan nama Sunway Group? Sudah pasti ramai yang ketahuinya namun pernahkah anda tahu bahawa pengasasnya adalah orang yang berasal dari pekan kecil di negeri Perak iaitu pekan Pusing?

    Tan Sri Dr Jeffrey Cheah adlah merupakan CEO Sunway Group yang dilahirkan di pekan Pusing, Perak. Beliau yang punyai 6 orang adik beradik ini menerima pendidikan tinggi di Footscray Institute of Technology yang mana hari ini dikenali dengan nama Victoria University of Technology, Australia

    Selepas menamatkan pengajiannya dengan jayanya, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah mulakan kerjayanya dengan bekerja sebagai seorang akauntan di sebuah kilang pemasangan motor.

    Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, pada tahun 1974 Tan Sri Dr Jeffrey Cheah mula menubuhkan Syarikat Sungai Way iaitu syarikat perlombongan bijih timah dengan modal berbayar sebanyak RM100,000.

    Walaupun pada tahun 1977 Malaysia telah mengalami kemelesetan ekonomi, namun syarikat Tan Sri Dr Jeffrey Cheah masih boleh bertahan mengharungi masalah ekonomi negara.

    Pengasas Kumpulan Sunway Berasal Dari Pusing

    Lantas selepas beberapa tahun, bijih timah pun habis dilombong dan menyebakna beliau menukarkan lombong bijih timah kepada lombong kuari dan pasir. Keputusan Tan Sri Dr Jeffrey Cheah untuk tukarkan lombongnya itu memberi kesan positif pada syarikatnya.

    Prestasi syarikat Tan Sri Dr Jeffrey Cheah amat memberangsangkan dan kesannya ia telah berjaya disenaraikan dalam papan utama Bursa Saham Kuala Lumpur sejak pada tahun 1984 lagi sebagai Sunway Holdings Berhad.

    Pengasas Kumpulan Sunway Berasal Dari Pusing

    Tak cukup dengan itu, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah juga merupakan seorang yang baik hati dan dermawan. Beliau telah melibatkan diri dalam beberapa persatuan kebajikan seperti Yayasan Buah Pinggang Malaysia, Yayasan Hati Malaysia dan Persatuan Hakka Malaysia.

    Jangan anda tidak tahu, sebenarnya ada dua buah projeknya iaitu Kolej Sunway dan Monash University juga ditubuhkan sebagai institusi pendidikan bukan untung.

    Pengasas Kumpulan Sunway Berasal Dari Pusing

    Anda ingin tahu apakah ada kaitan dengan nama Bandar Sunway dengan beliau? Projek perumahan Tan Sri Dr Jeffrey di atas bekas lombong, itulah Bandar Sunway hari ini. Hari ini, Bandar Sunway bernilai sebanyak RM2 billion dan ia merupakan salah satu kawasan perumahan yang unggul di kawasan Lembah Klang.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.