Sama seperti negeri Melayu lain di Malaysia, negeri Perak juga cukup kaya dengan pelbagai cerita rakyat serta sejarah yang perlu diperturunkan kepada generasi baru untuk dikenang dan dijadikan tauladan.
siapa
Siapakah Tok Tambak Keramat Pulau Pisang Dalam Sejarah Perak
Syed Jalaluddin Ibni Syed Abdul Majid adalah seorang ulamak tersohor di Perak. Beliau adalah berketurunan dari Syed Hussien Al-Faridz yang merupakan guru dan penasihat agama Islam utama buat Sultan Muzaffar Shah 1 iaitu Sultan Perak yang pertama yang juga merangkap sebagai putera buat Sultan Mahmud Shah iaitu Sultan Melaka yang terakhir pada tahun 1511.
Siapakah Gerangan Panglima Hitam Dalam Sejarah Perak?
Pernahkah anda mendengar tentang Panglima Hitam? Rata-rata tidak tahu pun akan kewujudan Panglima Hitam kerana zaman sekarang, kisahnya tidak diwar-warkan sepertimana kisah lagenda lima pendekar bersaudara di Melaka pada satu ketika dahulu. Mungkin 50 tahun akan datang, jika ada yang mendengar nama Panglima Hitam, ia akan dianggap sebagai mitos sepertimana yang berlaku pada kisah lagenda pendekar Hang Tuah pada hari ini.
Siapakah Yuen Yuet Leng Yang Berjasa Banteras Komunis?
Tan Sri Dato Seri Yuen Yuet Leng adalah pegawai polis Malaysia dari kalangan kaum Cina Malaysia. Jasa penting beliau menentang komunis telah diberi penghargaan seperti SPCM, DPCM, PNBS, jmm, KMM, AMN, PPC, PBS, BPT dan lain-lain. Beliau berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak dari tahun 1950 hinggalah ke tahun 1984. Beliau menjadi Komisioner Polis Sarawak pada tahun 1984 dan bersara di sana.
Anak Perak Jadi Duta Gula-Gula Jenama Kiss Me
Artikel ini ditulis sempena persoalan yang ditanya oleh pelawak tanah air negara iaitu Illya Buang di facebooknya berkenaan dengan siapakah artis yang berlakon dalam iklan gula-gula jenama Kiss Me yang kini amat susah didapati.
Siapa Gerangan Patung Yang Terdapat Di Muzium Taiping?
Muzium Perak atau lebih dikenali sebagai Muzium Taiping sememangnya diketahui merupakan muzium yang tertua di negara ini. Banyak artifak yang tinggi nilai sejarahnya ditempatkan disini sebagai pelajaran untuk lebih mengenali masa lampau terutamanya mengenai sejarah negeri Perak.
Siapakah Disebalik Suara Tok Guru Pujangga Dalam Silat Legenda
Silat Legenda ialah filem animasi Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 1998 atas arahan Hassan Abd Muthalib. Filem fiksyen ini mengisahkan tentang pengembaraan lima orang anak muda yang akhirnya menemui senjata hikmat.
Siapakah Sebenarnya Tun Saban Dalam Sejarah Perak?
Mungkin ramai diantara generasi kita terutamanya anak kelahiran Perak pada hari ini amat jarang sekali untuk katakan yang mereka tahu tentang siapakah sebenarnya Tun Saban dalam sejarah negeri Perak. Tun Saban sebenarnya memainkan peranan yang amat penting dalam mengasaskan sistem pemerintahan beraja di Hulu Perak seterusnya sama-sama terlibat dalam membentuk negeri Perak.
Siapakah Tok Kaduk Yang Sebenarnya Dalam Sejarah Perak?
Apabila menyebut tentang sejarah Bandor yang berhubungkait Pulau Indra Sakti, tidak jauh dari situ ada sebuah penempatan yang dinamakan PALOH (kini Kampung Paloh Lambor Kanan).