25.5 C
Ipoh
Thursday, 23 January 2025

Kenali Panji-Panji Diraja Negeri Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Setiap pemerintah sesuatu wilayah yang berdaulat sudah semestinya mempunyai lambang kekuasaan dan kedaulatan pemerintahan mereka. Ianya biasa diterjemahkan melalui jata serta panji-panji diraja dan Kesultanan Perak yang mewarisi kedaulatan pemerintahan Kesultanan Melaka sudah semestinya mempunyai jata dan panji-panji diraja yang tersendiri.

Kali ini orangperak.com ingin membawa pembaca semua untuk lebih mengenali dan mendalami maksud jata dan panji-panji diraja yang menjadi lambang kedaulatan Negeri Perak.

Jata Dan Panji/Bendera Peribadi KDYMM Paduka Seri Sultan Perak

jata peribadi sultan

(jata peribadi sultan)

Jata Di-Raja ini adalah untuk kegunaan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan. Jata Di-Raja Perak ini mengandungi enam lambang yang mempunyai maksud seperti berikut:-

  1. Aigrette di-Raja sebagai tanda kedaulatan Raja Pemerintah.
  2. Bulan Sabit – menandakan Agama Islam sebagai Agama rasmi.
  3. Bintang Pecah Sembilan – menunjukkan terdapat 9 daerah dalam Negeri perak.
  4. Pedang Kerajaan – bernama Cura Si Manja Kini (melambangkan kekuasaan).
  5. Cogan kata “Allah Peliharakan Sultan Perak” – doa rakyat kepada Sultan Pemerintah Negeri.
  6. Bunga Padi melambangkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.

bendera peribadi sultan terkini

(bendera peribadi sultan terkini)

bendera peribadi sultan sebelum 1985

(bendera peribadi sultan sebelum 1985)

bendera peribadi sultan sekitar 1939

(bendera peribadi sultan sekitar 1939)

Panji/Bendera Diraja Sultan Perak berwarna putih dan mempunyai jata peribadi Paduka Seri Sultan Perak ditengah panji tersebut. Warna putih adalah warna diraja bagi Sultan Perak. Terdapat 3 jenis panji diraja yang berbeza saiz. Panji yang berukuran 2.7m x 1.8m akan dinaikkan dimana-mana istana yang Sultan sedang menginap. Manakala panji yang berukuran 1.8 m x 0.9m akan dinaikkan dimana-mana istana rasmi yang Sultan akan pergi. Panji yang berukuran 26.7 cm x 19.0 cm dipasang di kenderaan diraja yang membawa Sultan apabila baginda berangkat.

Jata Dan Panji Peribadi/Bendera Peribadi KDYMM Raja Perempuan/Permaisuri Perak

Jata Di-Raja ini direka khas untuk kegunaan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak. Jata ini mengandungi enam lambang yang mempunyai maksud seperti berikut:

  1. Tiara di-Raja – tanda kedaulatan Raja Pemerintah.
  2. Pedang Kerajaan (Cura Si Manja Kini).
  3. Bulan – melambangkan Agama Islam yang menjadi Agama Rasmi.
  4. Bintang Pecah Sembilan – menunjukkan terdapatnya sembilan daerah dalam Negeri Perak.
  5. Cogan Kata ” Allah Peliharakan Raja Permaisuri” – lafaz doa rakyat untuk Raja Permaisuri.
  6. Bunga Padi – menggambarkan sumber perusahaan rakyat dan kesuburan negeri.

bendera peribadi raja permaisuri

(bendera peribadi raja permaisuri)

Panji/Bendera Raja Permaisuri Perak adalah untuk kegunaan peribadi Raja Permaisuri Perak dan berukuran 26.6 cm × 19.0 cm. Panji ini berwarna putih dan mempunyai jata Raja Permaisuri ditengah panji tersebut. Panji ini hanya digunakan di kenderaan diraja yang membawa Raja Permaisuri Perak berangkat.

Panji/Jata DYTM Raja Muda

bendera peribadi raja muda

(bendera peribadi raja muda)

Panji Raja Muda Perak berwarna putih serta hitam yang dikelilingi oleh warna kuning. Ianya dikibarkan di istana baginda bersemayam dan turut dikibarkan pada kenderaan rasmi baginda.

Panji/Jata DYAM Raja Di-Hilir

bendera peribadi raja dihilir

(bendera peribadi raja dihilir)

Panji Raja Di Hilir berwarna putih dan kuning yang dikelilingi oleh warna hitam. Asalnya ia adalah bendera bagi Raja Bendahara namun pada tahun 1959 gelaran Raja Bendahara telah dihapuskan. Oleh kerana itu, bendera ini sekarang digunakan oleh Raja Di Hilir.

Lambang Raja-Raja Bergelar dan Pembesar-Pembesar Perak.

Bagi Raja-Raja Bergelar atau Pembesar tidak mempunyai Bendera dan hanya mempunyai identiti lambang berdasarkan warna dan hanya digunakan pada pakaian upacara, payung dan lain-lain. Sedangkan untuk Waris dan Kerabat, mereka tidak mempunyai bendera. Hanya warna ungu disediakan untuk mereka misalnya pada majlis-majlis rasmi dan tetamu tidak dibenarkan untuk memakai warna-warna seperti putih, kuning, hitam ataupun ungu.

Bagi Kepala, para Orang Besar Empat (Empat), tidak ada bendera yang digunakan tetapi mereka mempunyai hak untuk berjalan di bawah payung hijau (kecuali untuk Bendahara – payung hitam). Sejak tahun 1959, gelaran Raja Bendahara ditukar menjadi gelaran biasa Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja yang paling senior di antara empat kepala. Bendahara merupakan Ketua yang satu-satunya yang boleh menggunakan hijau ataupun Payung Hitam.

- Advertisement -
Iskandar Zulqarnain
Iskandar Zulqarnain
Pengasas bersama orangperak.com dan Jejak Warisan Teluk Intan
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here