25.5 C
Ipoh
Thursday, 23 January 2025

Anak Perak Jadi Duta Gula-Gula Jenama Kiss Me

- Advertisement -
- Advertisement -

Artikel ini ditulis sempena persoalan yang ditanya oleh pelawak tanah air negara iaitu Illya Buang di facebooknya berkenaan dengan siapakah artis yang berlakon dalam iklan gula-gula jenama Kiss Me yang kini amat susah didapati.

“Teringat zaman kekanak dulu. Iklan gula gula ubat batuk Kiss Mee. Sape ingat sape artis yg berlakon dalam iklan tersebut. Dapat gula gula ni kat Sekincan, ada lagi..!”, Illya Buang – Senario.

Sebenarnya, individu yang dimaksudkan itu adalah tidak lain tidak bukan seniwati Noor Azizah Binti Dato’ Seri Azizul Hassan atau lebih dikenali sebagai Noor Azizah. Beliau adalah merupakan seorang pelakon popular di Malaysia dalam zaman 1970 an. Ada yang masih ingat dengan pelakon popular nama ini?

Anak Perak Jadi Duta Gula-Gula Jenama Kiss Me

Noor Azizah dilahirkan pada tahun 1947 di Ipoh, Perak dan beliau adalah merupakan anak kepada O.K.K Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja Dato’ Seri Azizul Hassan Bin Haji Abdul Rani yang merupakan seorang pegawai kanan polis dan Orang Besar Jajahan Kinta.

Berikutan dengan hal tersebut, hari ini ada juga yang menyatakan pendapat bahawa gambar di plastik gula-gula Kiss Me itu adalah gambar wajah kepada Noor Azizah kerana rupa parasnya nampak seakan-akan sama.

Anak Perak Jadi Duta Gula-Gula Jenama Kiss Me

Noor Azizah Binti Dato’ Seri Azizul Hassan

Namun ada juga pendapat yang menyatakan bahawa bukan gambar Noor Azizah kerana tugasnya adalah sebagai duta sahaja kepada jenama gula-gula tersebut.

Rata-rata mereka yang berumur hari ini mesti boleh ingat dengan iklan yang dilakonkan oleh Noor Azizah untuk jenama gula-gula ini bukan? Boleh anda kongsikan bagaimana iklan tersebut?

Untuk makluman anda pembaca setia orangperak.com, Kiss Me adalah jenama gula-gula yang terdiri daripada pelbagai perisa iaitu Kiss Me Blackcurrant, Kiss Me Orange Ginger, Kiss Me Cherry dan Kiss Me Honey Lemon.

Anak Perak Jadi Duta Gula-Gula Jenama Kiss Me

Gula-gula jenama Kiss Me ini diusahakan oleh Syarikat Khee San Food Industries Sdn Bhd yang berpengkalan di Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan sejak tahun 1970 an lagi.

Khee San Food Industries adalah anak syarikat kepada Khee San Berhad yang kini merupakan sebuah syarikat yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia.

Anak Perak Jadi Duta Gula-Gula Jenama Kiss Me

Mereka adalah pengeluar tempatan yang terbesar di Malaysia dan ramai yang masih ingat akan gula-gula jenama Kiss Me yang cukup dikenali oleh rakyat Malaysia dengan muda dan tua.

Hari ini, mereka juga adalah pengeluar kepada jenama terkenal iaitu Fruit Plus, Super Mint dan banyak lagi jenama ikonik baru kepada generasi baru kanak-kanak di seluruh dunia Malaysia dan rantau ASEAN.

- Advertisement -
Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindarhttps://fred.my
Pengasas orangperak.com dan Pencinta Sejarah Tempatan Negeri Perak.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here