Home Blog Berita Pokok Ipoh Tumbang Setelah 37 Tahun

Pokok Ipoh Tumbang Setelah 37 Tahun

0
Pokok Ipoh Tumbang Setelah 37 Tahun

Nama bandar Ipoh berasal daripada nama sepohon pokok. Pokok-pokok ini mengeluarkan getah beracun atau juga dikenali dengan upa. Getah beracun dari pokok itu banyak kegunaannya, ianya telah digunakan oleh masyarakat orang asli untuk memburu binatang. Getah beracun atau upa disalutkan pada mata sumpit dan juga untuk mempertahankan diri serta keluarga mereka. Racun ini bertindak dengan serta-merta dan akan membunuh mangsa yang terkena sumpitan. Untuk mengelakkan keracunan kepada pemburu, bahagian daging pada mangsa perburuan akan dipotong dan dibuang.

Seperti yang sedia kami maklum sebelum ini di artikel Dari Mana Ipoh Mendapat Nama, anda boleh baca berkenaan hal tersebut dengan klik di sini. Hari ini pada tarikh 28 April 2017, sudah termaktub usianya pokok Ipoh yang ditanam oleh Menteri Besar Perak yang ketujuh iaitu Datuk Sri Wan Mohamed Wan Teh pada 18 Januari 1980 telah tumbang setelah gagah berdiri teguh selama 37 tahun yang lalu di lokasi tersebut.

Pokok Ipoh Tumbang Setelah 37 Tahun

Hujan yang turun dengan lebat dan dicampurkan dengan angin yang kencang sejak jam 3.30 petang hari ini menjadi faktor utama pokok Ipoh ini tumbang. Untuk makluman anda, pokok Ipoh ini mempunyai ketinggian lebih 50 meter. Pokok berkenaan menjadi mercu bandar raya Ipoh di bawah penyelenggaraan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang terletak di Dataran Stesen berhadapan Dewan Bandaran. Selain pokok Ipoh yang tumbang ini, ada beberapa lagi kejadian pokok tumbang yang telah dilaporkan berlaku di sekitar bandaraya ini iaitu di Buntong dan Silibin.

Pokok Ipoh Tumbang Setelah 37 Tahun

Dalam kejadian ribut pada hari ini, sebatang pokok juga telah tumbang di Jalan Bidoh, Buntong dan telah menghempap dua buah rumah dan kabel elektrik. Sebatang pokok lagi tumbang di Jalan Silibin, Taman Malcop yang menghempap kereta. Kerja-kerja pemotongan dahan pokok sedang dilakukan di kedua-dua kawasan dan tiada mangsa terlibat. Maka dengan itu, gugurlah satu mercu tanda kebanggaan asal usul nama Ipoh pada hari ini dan terukir peristiwa ini dalam sejarah Perak hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here