● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:52
Syuruk
06:59
Zohor
13:03
Asar
16:21
Maghrib
19:02
Isyak
20:12
Pelancongan

Hujung Minggu Bersama Keluarga Di Ulu Kenas, Kuala Kangsar

26 Jan 2017 · 2 min baca · 345 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Ramai yang tahu tentang jeram sejuk yang ada di Hutan Lipur Ulu Kenas di Kuala Kangsar, Perak. Hutan Lipur Ulu Kenas merupakan kawasan yang amat terkenal untuk menjalankan aktiviti air dan berkaitan dengannya seperti berkelah, berkhemah dan juga mandi-manda di hujung minggu bersama keluarga. Airnya yang sejuk dan jernih datang dari kemuncak Gunung Bubu. Selain aktiviti berkelah dan berkemah, Hutan Lipur Ulu Kenas juga merupakan pintu masuk buat para pendaki yang mahu meneroka dan menawan puncak Gunung Bubu.

peta ulu kenas

Ura-ura yang kerap didengari tentang asal usul nama Ulu Kenas dikaitkan dengan sejenis pokok tumbuhan dan ada juga versi cerita lain yang mengaitkannya dengan nama haiwan yang disumpah dengan Sang Kelembai. Yang sebenarnya, nama Ulu Kenas ini adalah sejenis masakan berasaskan siput. Nama Kenas itu sendiri adalah nama sejenis masakan lama orang kampung untuk Siput Kijing. Sejarah awal Ulu Kenas ini bermula semasa perang antara Siam dengan Perak yang berlaku pada sekitar antara tahun 1880.

siput kijing

Menurut cerita penduduk setempat, sejarah tempat ini bermula apabila tercetusnya perang yang sangat dasyat antara Kerajaan Siam dan Kerajaan Perak pada sekitar tahun 1880. Siam yang berhasrat untuk menakluk Perak telah menyerang Perak melalui negeri Kedah. Siam memasuki Perak menerusi Kampung Sayong dan peperangan yang sengit telah berlaku di situ dan berlarutan sehingga ke Kampung Senggang yang bederkatan.

asal usul nama ulu kenas

Akibat daripada peperangan yang sengit, tentera Siam terpaksa berundur ke dalam hutan. Dan semasa di dalam hutan, mereka telah diserang dengan satu penyakit misteri. Pihak Siam fikirkan yang penyakit ini adalah disebabkan oleh racun perangkap yang telah dipasang oleh Perak tetapi sebenarnya ia berpunca daripada racun daun Pokok Jelatang Gajah. Pokok Jelatang Gajah memang banyak terdapat di hutan Perak. Bahagian yang beracun adalah bulu-bulu halus yang terdapat diseluruh permukaan tumbuhan ini dan jika ia terlekat pada kulit, ia akan menyebabkan kegatalan dan pedih serta bengkak-bengkak pada kulit.

hutan lipur ulu kenas

Tentera Siam berundur ke Kampung Sementa disebabkan oleh penyakit misteri tersebut dan pergerakan mereka ini telah diketahui oleh Perak. Lalu, serangan hendap telah dibuat terhadap tentera Siam. Pertempuran yang hebat telah berlaku dari serangan hendap tersebut, maka tentera Siam pun lari menyusuri sungai sehingga tiba di sebuah hulu sungai dan berlindung di situ. Semasa menyusuri sungai, mereka banyak memetik pucuk-pucuk kayu dan juga Siput Kinjing di pinggir sungai untuk dijadikan sumber makanan. Masakan Siput Kinjing bersama pucuk kayu inilah yang dinamakan sebagai Kenas.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.