26.7 C
Ipoh
Saturday, 7 September 2024

Seni Tekat Benang Emas Warisan Negeri Perak

- Advertisement -
- Advertisement -

Seni tekat yang juga dikenali dengan nama bersujia amat popular dalam pembuatan untuk kegunaan dalam pakaian buat Sultan Perak pada satu ketika dahulu.

Asal perkataan tekat membawa makna perkataan untuk kata kerja yang membawa maksud membuat kerja-kerja menyulam benang ke atas kain dasar. Dalam seni tekat sulaman yang merupakan warisan negeri Perak ini, benang yang digunakan adalah benang emas dan kain dasar yang digunakan adalah kain jenis baldu.

Seperti yang anda maklum, kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu dan juga mempulur sebagai acuan motif serta benang emas untuk membentuk bunga tekat.

Inilah keunikan yang membuatkan ianya lain daripada seni tekat yang lain. Seni tekat kebiasaannya adalah hasil dari kerja tangan wanita yang mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan dikatakan untuk menyiapkan satu hasil seni tekat yang lengkap, ia mengambil masa yang agak lama.

seni tekat

Asal-usul seni tekat ini selalu dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan sejak pada awal kurun ke 15 lagi, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka.

Kesan penggunaan sulaman ini dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Anda masih lagi boleh lihat hari ini pada pakaian mereka yang dikenakan sulaman tekat.

seni tekat

Dalam sejarah Perak, seni tekat diangkat sebagai pakaian rasmi buat Sultan Abdullah Muhammad Shah II yang merupakan Sultan Perak ke 26. Pada mulanya, pakaian hasil dari seni tekat ini dilarang penggunaannya sama sekali untuk rakyat biasa walaupun mempunyai gelaran orang-orang kaya serta hartawan sekalipun kecuali atas kurnia dan perkenan Sultan sahaja. Kemahiran dalam seni untuk membuat tekat juga dimonopoli oleh golongan diraja sahaja pada waktu itu.

Raja Nuteh Aishah

Raja Nuteh Aishah

Untuk pengetahuan anda pembaca setia orangperak.com, permaisuri kepada Sultan Idris I yang merupakan Sultan Perak ke 28 iaitu Raja Nuteh Aishah dan juga merupakan anakanda puteri kepada Sultan Yusuf Sharifuddin (Sultan Perak ke 27) adalah seorang tukang tekat yang begitu mahir sehinggakan hasil tekatan baginda sering kali dipersembahkan sebagai hadiah dan kegunaan baginda Sultan Idris I sendiri dan juga kerabat lain.

sultan idris 1

Sultan Idris I

Kebiasannya, hasil tekatan Raja Nuteh Aishah yang amat berharga akan digunakan pada waktu dan majlis yang tertentu dan istimewa sahaja. Antaranya adalah seperti istiadat perkahwinan kerabat diraja, istiadat pertunangan kerabat diraja, untuk majlis dalam khatam Al-Quran, berkhatan dan bertindik.

Sudah menjadi lumrah pada waktu itu, kawasan yang terkenal dengan seni tekat ini adalah Bandar Diraja Kuala Kangsar, Sayong, Kota Lama dan Kota Lama Kiri (yang kini dikenali dengan nama Kampung Belanja dan Kampung Sadong).

- Advertisement -
하늘
하늘
꿈을 꾸고 믿을 수 있다면 이룰 수도 있다. 세상에서 보고싶은 변화가 있다면 당신 스스로 그 변화가 되어라. 성공에 대한 의지를 품는 것은 무엇보다 중요하다.
Terkini
- Advertisement -

Moh baca!

Related news
- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here