● OrangPerak
Utama Berita Jejak Warisan Waktu Solat Cuaca Surprise Me!
Menjelang — --:--:--
Subuh
05:53
Syuruk
06:59
Zohor
13:04
Asar
16:21
Maghrib
19:03
Isyak
20:13
Berita

Kanak-Kanak Viral Dipatuk Ular Tedung Semakin Pulih

06 Dec 2017 · 2 min baca · 122 ·Oleh Freddie Aziz Jasbindar

Muhammad Izz Fayat Sumardi seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun pada waktu itu sedang nyenyak tidur bersama ibunya di atas lantai dalam bilik rumah mereka di Ipoh dan tiba-tiba dikejutkan oleh tetamu yang tidak diundang iaitu seekor ular tedung senduk sepanjang 0.9 meter.

Muhammad menjerit bila terkena patukan reptilia tersebut. Mujur ketika itu, bapanya baru saja pulang selepas selesai bertugas syif malam, untuk menguruskan hal anaknya itu. Bapa mangsa, Sumardi Chek Had, 39, berkata ketika kejadian kira-kira jam 7.15 pagi semalam dia baru hendak melelapkan mata selepas selesai bertugas, bila terdengar anak bongsu daripada empat beradik itu menjerit. "Dia menangis dan menjerit bila isteri saya lihat tapak tangan kirinya berdarah serta terdapat dua kesan patukan ular. Panik dengan keadaan itu, saya terus membawanya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun serta menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia meminta mereka menangkap ular yang berada di bawah katil", katanya ketika ditemui pemberita di hospital berkenaan hari ini. Sumardi yang menjaga anaknya sepanjang malam di hospital berkata kesakitan yang ditanggung anaknya itu amat ketara dalam tempoh 24 jam walaupun telah menerima rawatan kerana setiap kali terjaga dari tidur dia akan menangis. Menceritakan detik cemas itu, Sumardi berkata sepanjang perjalanan ke hospital, Muhammad menangis tanpa henti dan tangan kirinya kebiru-biruan serta badan lemah tidak bermaya.

Budak Viral Dipatuk Ular Tedung Semakin Pulih

"Di hospital, dia akan menangis apabila terjaga dari tidur, saya tahu dia dalam kesakitan tetapi Alhamdulillah pagi ini sudah boleh tersenyum cuma tangan kirinya masih bengkak sehingga ke paras siku. Doktor juga maklumkan bahawa paru-paru dan buah pinggang anak saya tidak apa-apa", katanya.

Budak Viral Dipatuk Ular Tedung Semakin Pulih

Keadaan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang dipatuk ular tedung senduk pada hari Isnin lalu semakin pulih apabila mula berselera makan dan menunjukkan tanda mahu bermain. Ibunya, Norhanizawati Bahari yang berumur 37 berkata, setelah tiga hari ditempatkan di hospital keadaan Muhammad Izz Fayyad Sumardi semakin menunjukkan perkembangan positif, hanya bengkak di tangan masih kelihatan.

Budak Viral Dipatuk Ular Tedung Semakin Pulih

Dalam pada itu, Sumardi berkata setelah kejadian tersebut tular di laman sosial, beberapa jiran mengadu rumah mereka di Bandar Baru Putra di sini pernah dimasuki ular tedung berkenaan. Sehubungan itu, beliau meminta pihak bertanggungjawab berusaha mengesan lubuk reptilia berkenaan supaya tiada lagi yang menjadi mangsa.

Freddie Aziz Jasbindar
Freddie Aziz Jasbindar
Anak jati Parit, Perak berlatarbelakangkan pembangunan sistem web yang kini mendedikasikan kepakaran untuk memelihara warisan negeri. Sebagai pengasas laman web 'Orang Perak', misi utama saya adalah untuk mengkaji, merekod, dan mendokumentasikan kekayaan sejarah tempatan Perak demi rujukan generasi masa hadapan.
Lihat Profil →

Komen (0)

Tiada komen.

Tinggalkan Komen

maks 2000 aksara
Komen tertakluk kepada semakan sebelum dipaparkan.