Tag: emas
Geluk, 16 Buyung Emas Dan Perak Dalam Kesultanan Perak
Geluk adalah buyung kecil yang diperbuat daripada perak dan emas. Terdapat 8 buyung perak dan 8 buyung emas yang mana perkakas ini digunakan di Istiadat Mengambil Air Bersiram Tabal di 7 buah kuala anak Sungai Perak.
Kisah Lagenda Kolam Buaya Emas Di Telok Bakong, Bota
Kisah lagenda kolam buaya emas ini bermula lewat kurun ke 16 di kawasan Tanah Abang. Pada akhir kurun ke 16, pusat pemerintahan Perak Tua iaitu Tanah Abang diperintah oleh seorang sultan iaitu Sultan Mansur Shah II (Sultan Perak ke 2).
Seni Tekat Benang Emas Warisan Negeri Perak
Dalam sejarah Perak, seni tekat merupakan pakaian rasmi buat Sultan Abdullah Muhammad Shah I yang merupakan Sultan Perak ke 26. Pada mulanya, pakaian hasil dari seni tekat ini dilarang penggunaannya sama sekali untuk rakyat biasa walaupun mempunyai gelaran orang-orang kaya serta hartawan sekalipun kecuali atas kurnia dan perkenan Sultan sahaja. Kemahiran dalam seni untuk membuat tekat juga dimonopoli oleh golongan diraja sahaja pada waktu itu.
Warga Emas Ditetak Mati Di Lenggong
Sudah hilang sensiviti hati dan perikemanusian sesama manusia, dua orang adik beradik telah lakukan sesuatu diluar jangkaan dengan membunuh seorang warga emas yang dikatakan hanya berpunca daripada dendam dengan keluarga mangsa. Hal ini adalah masih dalam hasil siasatan awal yang telah dijalankan oleh pihak polis yang mendapati punca kejadian itu adalah disebabkan dendam suspek terhadap keluarga mangsa.