Affendi, 41 Tahun Hidup Dalam Hutan Berkhidmat Dalam PKM

    Related

    Benarkah Jasad J.W.W. Birch Sudah Dipindahkan Dari Jiratnya Di Pasir Salak?

    Benarkah dakwaan tentang jasad Birch sudah dibawa keluar dan hanya tinggal pakaian beliau sahaja di sana dan ada juga dakwaan tentang pihak Inggeris membawa helikopter bagi tujuan memindahkan jasad Birch itu.

    Gunung Matsurat, Gunung Warisan Kinta

    Mengikut cerita tetua, pada zaman dahulu Gunung Matsurat adalah merupakan 'istana purba' yang didiami oleh Raja dan Permaisurinya. Hendak dijadikan cerita, mereka mengadakan majlis keraian di dalam 'istana purba' ini, maka bergegak gempitala suasananya. Secara tiba-tiba Sang Kelembai telah datang dan dipercayai terganggu dek suasana yang hingar-bingar di dalam 'istana purba' ini, menyebabkannya telah menyumpah segala yang berada di dalam gunung ini menjadi batu termasuk Raja dan Permaisurinya.

    Gunung Cheroh, Gunung Sejarah Kinta

    Ketika dalam pelayaran, mereka mengalami sesuatu yang aneh apabila melalui kawasan pergunungan batu kapur di Gunung Cheroh, hendak dijadikan cerita kapal yang dinaiki mereka tidak dapat meneruskan pelayaran apabila sampai di kaki Gunung Cheroh kerana laluan yang sempit dan tidak dalam.

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh

    Masjid Warisan Al-Khairiah, Kampung Kepayang, Fair Park, Ipoh terletak di dalam Mukim Ulu Kinta, Daerah Kinta, Perak.

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang Pertama

    Toh Changkat Rembiah, Panglima Kinta SABD ke 3 dan Panglima Kinta SABD Pasak Kepayang yang pertama dalam sistem penggiliran jawatan Panglima Kinta SABD.

    Share

    Pada 27 September 2018 yang lalu, kami berpeluang untuk bertemu dengan sepasang warga tua yang pernah berkhidmat dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Parti Komunis Malaya (PKM) adalah sebuah pertubuhan yang diasaskan di Tanah Melayu pada tahun 1930.

    Pertubuhan ini pada asalnya ditubuhkan untuk menentang penjajahan British yang mana pada ketika itu sedang memerintah Tanah Melayu. Ketika kedatangan Jepun di Tanah Melayu pula, Parti Komunis Malaya (PKM) telah membentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk berperang dengan mereka.

    Pada hari pertemuan kami dengan pasangan tersebut, editor orangperak.com dibawa oleh Dr Muhaimin Sulam yang merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Petronas (UTP) untuk mendapatkan serba sedikit maklumat dan gambaran tentang kehidupan mereka yang pernah berkhidmat dengan Parti Komunis Malaya (PKM).

    Au Heng Fong yang dilahirkan pada tahun 1930 telah berkhidmat dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada ketika usia yang sangat muda. Semasa berkhidmat dengan Parti Komunis Malaya (PKM), Au Heng Fong lebih dikenali dengan nama Affendi sebagai nama penanya. Beliau dikeliligi oleh individu tertinggi dalam Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin dan ramai lagi.

    Affendi, 41 Tahun Hidup Dalam Hutan Berkhidmat Dalam PKM

    Au Heng Fong atau Affendi dilahirkan di Sungai Merbau yang terletak diantara Tapah dengan Bidor, Perak. Beliau hanya menerima pendidikan di sekolah selama 2 tahun sahaja. Hal ini adalah kerana masalah dan faktor kewangan yang dihadapi oleh keluarga beliau.

    Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) ialah satu pertubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) atau juga lebih dikenali sebagai Bintang Tiga telah memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945. Ramai orang keturunan Cina menganggotai pertubuhan ini kerana mempunyai perasaan benci terhadap Jepun yang telah menakluki negara China pada masa itu.

    Affendi, 41 Tahun Hidup Dalam Hutan Berkhidmat Dalam PKM

    Selepas tiga tahun tentera Jepun menyerah kalah kepada Tentera Bersekutu pada tarikh 16 Ogos 1945, Au Heng Fong yang mana pada waktu itu berusia 18 tahun masuk ke kem Parti Komunis Malaya (PKM) dan tinggal di dalam hutan utara Tanah Melayu sehingga berusia 59 tahun.

    Hal ini secara tidak langsung telah menjadikan beliau hidup di dalam hutan selama 41 tahun sejak dari tahun 1948 sehingga tahun 1989. Ianya adalah satu jangka masa yang amat panjang dan amat lama tersembunyi dari dunia luar hidup menyepi di dalam hutan.

    Affendi, 41 Tahun Hidup Dalam Hutan Berkhidmat Dalam PKM

    Selama 41 tahun hidup di dalam hutan, Au Heng Fong telah berkahwin dengan wanita yang juga berkhidmat dengan Parti Komunis Malaya (PKM) di kem yang sama. Mereka telah dikurniakan 4 orang anak. Namun, anak-anak mereka telah diserahkan kepada penduduk tempatan. Hal ini adalah kerana kanak-kanak tidak dibenarkan berada di kawasan tempat tinggal mereka di dalam hutan.

    Affendi, 41 Tahun Hidup Dalam Hutan Berkhidmat Dalam PKM

    Kesemua anak pasangan ini telah diserahkan kepada penduduk tempatan keluarga muslim sebaik sahaja mereka dilahirkan. Tiga daripada empat orang anak mereka berjaya dikesan dan kini mereka tinggal dan telah menjadi warganegara Thailand manakala seorang lagi anak bongsu mereka tidak dapat dikesan kerana keluarga yang menerima anak mereka itu dikhabarkan telah berpindah ke negeri Kelantan.

    Affendi, 41 Tahun Hidup Dalam Hutan Berkhidmat Dalam PKM

    Kesemua anak-anak mereka yang dijaga oleh keluarga muslim telah dijaga dan diasuh berbudaya melayu dan menganut agama Islam. Kini, mereka semua yang berjaya dikesan telah pun berkeluarga dan punyai anak dan ada juga yang sudah mempunyai cucu.

    Affendi, 41 Tahun Hidup Dalam Hutan Berkhidmat Dalam PKM

    Sepanjang 41 tahun tinggal di dalam hutan semasa berkhidmat dengan Parti Komunis Malaya (PKM) penuh dengan cabaran buat Au Heng Fong. Beliau bukanlah individu yang ditugaskan untuk berada di dalam pasukan perang, tetapi tugas beliau adalah lebih kepada bahagian penterjemahan untuk bahan bacaan kepada pasukan dan unit lain dalam Parti Komunis Malaya (PKM).

    Affendi, 41 Tahun Hidup Dalam Hutan Berkhidmat Dalam PKM

    Ini adalah buku catatan yang dijadikan sebagai kamus yang ditulisnya sendiri untuk memudahkan beliau buat rujukan untuk buat sebarang kerja-kerja penterjemahan ke bahasa melayu. Untuk makluman, Au Heng Fong juga pandai menulis dalam tulisan jawi pada waktu dahulu yang mana telah diajar oleh Rashid Maidin.

    Affendi, 41 Tahun Hidup Dalam Hutan Berkhidmat Dalam PKM

    Pada tahun 2018, usianya telah mencapai genap 88 tahun dan kini beliau masih bekerja menyara diri dan isterinya sebagai penterjemah bahasa dalam bentuk penulisan yang mana banyak penterjemahan yang perlu dibuat daripada bahasa cina kepada bahasa melayu.

    Freddie Aziz Jasbindar
    Freddie Aziz Jasbindar
    Pengasas orangperak.com dan pencinta sejarah tempatan negeri Perak.